KUANTAN: Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2024 Masihi di Pahang lambang manifestasi komitmen antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam memastikan syiar Islam terus dipertahan serta dimartabatkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata usaha ini sekali gus mendukung ke arah pemerkasaan Islam seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Tilawah ini merupakan manifestasi antara komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri untuk meneruskan agenda mempertahankan syiar Islam bukan sahaja di Pahang tetapi di Malaysia.
"Diharapkan kerjasama antara JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dapat kita kukuhkan serta pastikan majlis kali ini adalah yang terbaik," katanya selepas prapelancaran majlis tilawah itu yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sini hari ini.
Majlis tilawah dan hafazan itu dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei depan di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini dan dijangka dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Mengulas mengenai pembabitan peserta muda, Mohd Na'im berkata sambutan sangat positif memandangkan lebih ramai golongan muda menyertai majlis kali ini.
Tilawah dan hafazan kali ini melibatkan seramai 110 peserta berusia antara 14 hingga 25 tahun dan setiap negeri diwakili lapan peserta iaitu dua bagi kategori tilawah serta enam untuk hafazan.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM2.734 juta bagi penganjuran majlis itu termasuk duit poket RM1,000 kepada setiap peserta.
"Ini merupakan kali ketiga Pahang menjadi tuan rumah untuk majlis ini selepas penganjuran pertama pada 2011 dan kerajaan negeri turut menyumbang kira-kira RM2 juta bagi menjayakan majlis itu," katanya sambil menambah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) turut menyumbang lima gram bar emas (hadiah tambahan) kepada johan semua kategori tilawah dan hafazan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menyempurnakan gimik Pra Pelancaran MTHQK Peringkat Kebangsaan. - Foto Bernama

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024 bermula hari ini
Ikuti secara langsung di TV1, TV Al-Hijrah, web TV, media sosial Jakim mulai 9 pagi hingga 4.30 petang bagi hafazan, jam 9 malam tilawah.

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran manifestasi komitmen kerajaan martabat agama Islam
Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2024 Masihi lambang manifestasi komitmen kerajaan memastikan syiar Islam terus dipertahan.

Pahang tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024
Pahang menjadi tuan rumah penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 HIjrah/2024 Masihi yang dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei depan.