PORT DICKSON: Majoriti hotel dan kondominium di pusat peranginan di daerah ini didapati masih belum membuat sambungan kepada sistem pembentungan awam iaitu penting dalam pemuliharaan alam sekitar.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan berkata pemeriksaan mendapati hanya 11 hotel membuat sambungan kepada sistem pembetungan awam berkenaan.
"Terdapat 34 hotel tidak melakukan demikian tetapi proses ini berperingkat. Kos bukan faktor utama pengusaha hotel di sini tidak membuat sambungan itu, mungkin kurang kesedaran dalam kalangan mereka.
"Kebanyakan hotel di sini mempunyai sistem pembetungan sendiri tetapi sistem pembetungan awam ini lebih moden dan dapat menjimatkan kos," katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi libat urus pematuhan pelepasan kumbahan bersama pengusaha hotel dan kondominium di sini semalam.
Veerapan berkata pengusaha hotel perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan membuat sambungan kepada sistem pembetungan awam dalam memastikan pusat pelancongan di sini kekal bersih sekali gus mengatasi masalah pencemaran.
"Libat urus hari ini memberikan pendedahan berkaitan pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan sistem pembetungan kepada pengusaha hotel dan kondominium peranginan," katanya.
Beliau berkata usaha itu bertujuan memastikan pelepasan kumbahan diuruskan dengan baik selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Port Dickson sebagai daerah pelancongan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024
Veerapan berkata pengusaha hotel perlu sedar tentang kepentingan membuat sambungan kepada sistem pembetungan awam dalam memastikan pusat pelancongan di Port Dickson kekal bersih tanpa pencemaran. - Facebook Veerapan
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
Mesyuarat ASEAN jadi pemangkin promosi pelancongan di Port Dickson
Pemilihan Port Dickson sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan di daerah itu.
Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pada 7 Januari
Penutupan sementara bekalan air akan dilaksanakan pada 7 Januari bermula 8 pagi hingga 8 pagi (8 Januari) bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan 'stop log guide' dan pemasangan paip.
Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini
Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.
Koridor Ekonomi Anjung Selatan medium terbaik selaras projek pembangunan berimpak tinggi
Koridor Ekonomi Anjung Selatan menjadi medium terbaik bagi penyelarasan projek-projek pembangunan berimpak tinggi yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi mampan.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Payung pantai lebih cantik ganti khemah biru di Telok Kemang bermula 11 Jan - MPPD
Beliau berkata pihaknya telah membuat perolehan payung pantai tersebut dan ia mengambil sedikit masa kerana melibatkan kuantiti yang banyak.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Tiada lagi khemah biru, aktiviti berkelah kembali seronok di Port Dickson
Keindahan pemandangan Pantai Teluk Kemang yang dahulunya terhalang dengan deretan khemah biru kini dapat dinikmati seluas-luasnya.
Peniaga khemah biru diarah henti operasi di pantai Port Dickson mulai 18 Nov
Notis arahan menghentikan perniagaan berkenaan melibatkan Pantai Telok Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin.
MPPD sita khemah di Pantai Telok Kemang Port Dickson
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menyita sembilan unit khemah biru yang dipasang tanpa penyewa di sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson dekat sini.