KUALA LUMPUR: Sebanyak 78.4 peratus daripada responden Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu serangan siber pada tahun lepas dengan lebih 55 peratus menghadapi serangan setiap bulan atau mingguan, demikian menurut laporan daripada syarikat keselamatan siber global Palo Alto Networks.
Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan laporan "Keadaan Keselamatan Teknologi Operasi (OT): Panduan Komprehensif Trend, Risiko dan Ketahanan Siber" yang dikeluarkan baru-baru ini, satu perempat daripada organisasi Malaysia terpaksa menutup operasi industri pada 2023 disebabkan oleh serangan siber.
Laporan itu membuat kajian terhadap 1,979 ketua perniagaan teknologi maklumat (IT) dan OT di 23 negara di seluruh dunia, termasuk 51 pemimpin perniagaan di Malaysia, untuk memahami trend, risiko, dan strategi ketahanan siber dalam persekitaran OT.
Justeru, Palo Alto Networks berkata kerjasama antara pasukan IT dan OT perlu diperkukuh untuk memastikan pendekatan bersepadu dalam keselamatan siber.
Menurut laporan berkenaan, 68.6 peratus responden menyatakan hubungan antara OT dan IT bersifat terpisah atau pada kadar yang kecil.
"Perbezaan itu disebabkan oleh peranan kedua-dua pasukan tersebut pada masa lepas dengan IT secara tradisinya bertanggungjawab terhadap keselamatan keseluruhan syarikat manakala OT menumpu kepada operasi industri," katanya.
Syarikat itu juga mencadangkan pendekatan diterajui Kecerdasan Buatan (AI) diberi tumpuan utama dalam pertahanan, yang akan menyediakan keupayaan terbaik untuk menganalisis jumlah data yang besar dengan pantas, serta mengenal pasti corak yang menunjukkan ancaman yang bakal berlaku, bahkan sebelum serangan berlaku.
Pengurus Negara Palo Alto Networks bagi Malaysia Sarene Lee berkata untuk memerangi ancaman siber yang canggih, syarikat juga perlu melindungi infrastruktur awan mereka dan mewujudkan dasar meningkatkan keselamatan bagi memastikan akses dilindungi dengan baik.
"Dengan melaksanakan perlindungan ini, sektor perindustrian kita dapat melindungi asetnya dengan lebih baik lagi dan memastikan kesinambungan operasi apabila berdepan ancaman siber," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
![Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721816414_cyberthreatshacke.jpg)
Palo Alto Networks berkata kerjasama antara pasukan IT dan OT perlu diperkukuh untuk memastikan pendekatan bersepadu dalam keselamatan siber. - Gambar hiasan
![Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739960236_TengkuMuhammadIsma.jpg)
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![Japan Airlines terjejas serangan siber Japan Airlines terjejas serangan siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735260425_JapanAirlineCybera.jpg)
Japan Airlines terjejas serangan siber
Pelanggan kini boleh membeli tiket untuk penerbangan domestik dan antarabangsa selepas gangguan sementara.
![Kementerian Pertahanan teliti pendekatan terbaik bangunkan armada digital Kementerian Pertahanan teliti pendekatan terbaik bangunkan armada digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722226156_KhaledNordin.jpg)
Kementerian Pertahanan teliti pendekatan terbaik bangunkan armada digital
Kementerian Pertahanan sedang meneliti pendekatan terbaik dalam membangunkan ketumbukan dan armada digital secara besar-besaran.
![Singapura hentikan aplikasi Mobile Guardian pelajar selepas serangan siber Singapura hentikan aplikasi Mobile Guardian pelajar selepas serangan siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722854651_hackergeneric.jpg)
Singapura hentikan aplikasi Mobile Guardian pelajar selepas serangan siber
Kementerian Pendidikan Singapura akan menghentikan penggunaan Aplikasi Mobile Guardian daripada peranti pembelajaran peribadi pelajar.
![Lebih 79 peratus rantaian bekalan perisian di Malaysia terdedah kepada serangan siber Lebih 79 peratus rantaian bekalan perisian di Malaysia terdedah kepada serangan siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Lebih 79 peratus rantaian bekalan perisian di Malaysia terdedah kepada serangan siber
Lebih 79 peratus rantaian bekalan perisian di Malaysia terdedah kepada serangan siber dalam tempoh 12 bulan lepas berbanding 76 peratus secara purata di peringkat global.
![Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719888848_mediasosial.jpg)
Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis
Penganalisis jenayah berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.
![Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721816414_cyberthreatshacke.jpg)
Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan
Sebanyak 78.4 peratus daripada responden Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu serangan siber pada tahun lepas dengan lebih 55 peratus menghadapi serangan setiap bulan atau mingguan.
![Microsoft anggar 8.5 juta komputer Windows terkesan masalah kemas kini Crowdstrike Microsoft anggar 8.5 juta komputer Windows terkesan masalah kemas kini Crowdstrike](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721531748_tbcrowdstrikelogo.jpg)
Microsoft anggar 8.5 juta komputer Windows terkesan masalah kemas kini Crowdstrike
Microsoft menyatakan impak ekonomi yang dibawakan kesan daripadanya adalah sangat besar.
![Operasi agensi kerajaan tidak terjejas oleh insiden gangguan IT global - TPM Fadillah Operasi agensi kerajaan tidak terjejas oleh insiden gangguan IT global - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721472314_tbFadillahYusof.jpg)
Operasi agensi kerajaan tidak terjejas oleh insiden gangguan IT global - TPM Fadillah
Gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku sejak semalam tidak menjejaskan operasi agensi kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![Gangguan IT global: CrowdStrike dakwa sudah aktifkan penyelesaian Gangguan IT global: CrowdStrike dakwa sudah aktifkan penyelesaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721386030_globalcyberoutages.jpg)
Gangguan IT global: CrowdStrike dakwa sudah aktifkan "penyelesaian"
CrowdStrike berkata pihaknya akan terus memberikan kemas kini kepada semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya secepat mungkin.
![Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719306549_GenericKLIA.jpg)
Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas
Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.