GEORGE TOWN: Segala maklum balas dan bantahan terhadap Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 akan diteliti oleh satu jawatankuasa sebelum pelan itu dimuktamadkan, kata Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Yew Tung Seang.
"Tempoh pameran draf rancangan tempatan itu telah dilanjutkan daripada Oktober tahun lepas kepada 10 Jan ini.
"Setakat ini, kita telah menerima lebih 1,500 serahan termasuk aduan, cadangan dan maklum balas. Jawatankuasa berkenaan akan meneliti semua perkara itu," katanya kepada pemberita selepas Anugerah Cemerlang Warisan Seratus Tahun Pulau Pinang di sini semalam.
Terdahulu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Penang Forum mengetengahkan kesilapan yang terdapat dalam draf berkenaan seperti Menara Jam Peringatan Victoria bernama 'Menara Jam Queen Elizabeth' dan Dewan Mahatma Gandhi telah disalah eja sebagai 'Dewah Mahatma Ghani'.
Selain itu, mercu tanda terkenal seperti Penang Free School, Rex Cinema, College-General Catholic Seminary, Masjid Maqbul, dan Wadda Gurdwara Sahib tiada dalam senarai warisan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2023
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (dua, kiri) ketika hadir pada majlis Anugerah Cemerlang Warisan 100 Tahun Pulau Pinang di George Town semalam. --fotoBERNAMA
NSL: Klinik beri peluang cungkil bakat generasi muda, bangun akar umbi
Klinik Netball Super League (NSL) yang dianjurkan Astro disifatkan sebagai antara platform terbaik untu mencungkil bakat pemain dalam kalangan generasi muda dan membantu pembangunan di peringkat akar umbi.
Agenda AWANI: Trump mahu Gaza, usir rakyat Palestin?
Bagaimana dunia perlu ‘bertindak’ sebagai respon terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu ambil alih dan bina semula Gaza serta mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka? Diskusi 8.30 malam
Kerajaan belum muktamad Projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Penduduk harap jalan runtuh segera dibaiki, bahayakan pengguna
Penduduk harap kerja pembaikan jalan runtuh di laluan Kampung Rantau Panjang ke Kampung Besol Lama di Hulu Dungun akibat hakisan musim tengkujuh lalu perlu disegerakan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.
Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah
Seorang pelancong warga asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney hari ini.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.
Gencatan Senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata Amerika Syarikat dibawah kepimpinan Presiden Donald Trump akan berdepan dengan lebih banyak tentangan daripada masyarakat antarabangsa mengenai isu Palestin. Jelasnya, selepas sekutu rapat Jordan dan Arab Saudi menolak cadangan Trump mengenai penguasaan Amerika Syarikat di Gaza, lebih banyak negara akan menzahirkan bantahan yang sama. #AgendaAWANI
Gencatan Senjata Gaza: ‘Trump pemimpin tidak waras, penuh retorik, ditolak dunia’ - Penganalisis
Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih Gaza menonjolkan keperibadiannya sebagai seorang pemimpin yang tidak waras dan hanya penuh dengan retorik. Jelasnya, sekiranya Amerika Syarikat terus bersikap sedemikian, maka negara tersebut akan berdepan dengan penolakan besar-besaran oleh masyarakat antarabangsa. #AgendaAWANI
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan. Jelasnya, keyakinan ini berpaksikan kepada sikap ASEAN yang berpegang teguh kepada piagamnya dan peraturan-peraturan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). #AgendaAWANI
Percepat integrasi ekonomi ASEAN, tangani tekanan dasar ekonomi AS – Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu segera mengintegrasikan ekonomi negara-negara rantau ini untuk mengurangkan impak dasar ekonomi Amerika Syarikat yang dilihat menekan. Jelasnya, langkah ini boleh dicapai melalui Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2025-2030 yang akan dimuktamadkan seterusnya meningkatkan pelaburan antara negara-negara anggota ASEAN. #AgendaAWANI
Maklum balas, bantahan terhadap Pulau 2030 akan diteliti
Tempoh pameran draf rancangan tempatan itu telah dilanjutkan daripada Oktober tahun lepas kepada 10 Jan ini.