Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjadikan Malam Puisi Rasuah sebagai acara tahunan bagi menyampaikan mesej antirasuah kepada masyarakat.
Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata acara itu merupakan kerjasama antara SPRM serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
"Ini merupakan antara inisiatif SPRM bagi memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan muda supaya tidak terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.
"Kita mahu mesej antirasuah disampaikan dalam pelbagai ruang supaya masyarakat sedar bahayanya budaya rasuah ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Puisi Rasuah SPRM-DBP di Balai Budaya Tun Syed Nasir DBP di sini, malam tadi.
Pada majlis yang julung kali diadakan itu, Dzulkifli turut mendeklamasikan sebuah puisi nukilan Syed Indera Syed Omar atau Siso daripada kumpulan Kopratasa yang bertajuk 'Jangan Nangis Dulu Bangsaku.'
Turut hadir Ketua Pengarah DBP Datuk Abdul Adzis Abas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Sri Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.
Dzulkifli berkata SPRM juga akan menerbitkan sebuah drama bersiri bertajuk 'Banteras' awal tahun depan yang berkisar mengenai kesalahan rasuah dan akibatnya terhadap masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2017

DZULKIFLI: Ini merupakan antara inisiatif SPRM bagi memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan muda supaya tidak terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Mesyuarat SMCC akan diadakan setiap tahun - Mohamad Hasan
Mesyuarat Majlis Penyelarasan Saudi-Malaysia (SMCC) yang pertama kali diadakan di sini pada Selasa akan dijadikan acara tahunan.

Kenny G derma saksofon untuk lelongan amal di Vietnam
Pemuzik jazz lagenda Kenny G akan mendermakan saksofonnya untuk dilelong bagi mengumpul dana kepada golongan yang memerlukan terutama kanak-kanak di Vietnam.

Terengganu rancang jadikan luncur ombak acara tahunan
Acara itu berpontensi menarik kedatangan pelancong di samping menyuburkan lagi sukan ekstrem itu dalam kalangan penduduk tempatan.

COVID-19: Acara hujung tahun di New York diteruskan dalam norma baharu
Acara ball drop yang disambut setiap tahun menjelang sambutan tahun baharu di Times Square, New York tetap akan diteruskan tahun ini dengan norma baharu.

2,500 sertai larian dengan berpakaian tradisional di jambatan
Larian akan dijadikan acara tahunan berikutan sambutan menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama, selain mencapai objektifnya memupuk semangat muhibbah serta toleransi penduduk.

Oktoberfest bukan pesta arak - Azmin
Mohamed Azmin berkata kerajaan berpegang kepada dasar mempertahankan agama Islam namun tidak boleh menghalang amalan kaum lain.

Malam puisi rasuah jadi acara tahunan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjadikan Malam Puisi Rasuah sebagai acara tahunan bagi menyampaikan mesej antirasuah kepada masyarakat.