KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines sudah bersedia untuk menawan angkasa dengan kehadiran pesawat baharu Boeing 737-8 yang dinaik taraf sejajar dengan pelan pemodenan syarikat induknya Malaysia Aviation Group (MAG).
Pesawat pertama daripada 25 buah pesawat 737-8 itu dijangka diterima Malaysia Airlines pada Ogos 2023 yang sarat dengan imej serba moden dan kesenian warisan Malaysia yang diterjemahkan pada rekaan luar serta reka bentuk dalaman kabin yang bermatlamat meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan.
Perubahan serta transformasi signifikan pada pesawat 737-8 itu mencerminkan visi dan aspirasi Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan negara.
Malaysia Airlines dalam kenyataan media yang diedarkan hari ini berkata, logo ikonik 'wau', yang melambangkan kebanggaan negara telah disusun atur dengan penuh kesenian untuk mencerminkan keazaman syarikat penerbangan itu untuk melangkah lebih maju dengan penuh optimis dan berdaya tangkas.
Dihiasi dengan motif songket yang indah dalam sulaman warna keemasan, logo ini turut memberi penghormatan tinggi pada warisan budaya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas dalam acuan budaya Malaysia.
Motif songket itu juga memberi penekanan pada komitmen teguh Malaysia Airlines untuk terus bangga mewakili negara dan semangat progresifnya.
Seperti pesawat B737-800 NG yang diperbaharui, 737-8 juga akan dilengkapi dengan sistem hiburan penerbangan tanpa wayar (IFE) sementara MHstudio pula menawarkan pelanggan akses kepada lebih daripada 500 pilihan hiburan atas permintaan.
Tidak ketinggalan pengalaman membeli-belah yang diatur khusus untuk setiap individu bagi membolehkan setiap pelanggan menikmati perjalanan mereka mengikut kehendak mereka di mana-mana saja dan pada bila-bila masa.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan MAG, Ahmad Luqman Mohd Azmi, pihaknya teruja untuk menawarkan perjalanan yang benar-benar menyeluruh dan berkesan kepada penumpang Malaysia Airlines sekali gus memperlihatkan kebanggaan negara.
"Pengenalan pesawat 737-8 baru kami pada Ogos 2023, menetapkan standard baru dalam penerbangan, menggabungkan yang terbaik dari budaya Malaysia, teknologi terkini dan amalan mampan untuk mencipta pengalaman terbang yang tiada tandingan.
"Setiap aspek reka bentuk kabin telah dirancang dengan teliti untuk meningkatkan keselesaan penumpang.
"Perincian seni tidak hanya menambah daya tarikan estetik, tetapi juga menghormati kebudayaan kaya Malaysia dan membolehkan penumpang menghargai warisan negara sebaik mereka melangkah masuk ke dalam pesawat,” kata Ahmad Luqman dalam kenyataan.
Menurut beliau juga, gabungan harmoni warna biru dan motif songket mencipta kabin yang memikat secara visual mencerminkan komitmen Malaysia Airlines untuk menawarkan perjalanan yang benar-benar menyeluruh.
“Sama ada penumpang berada di tempat duduk mereka atau bergerak di dalam pesawat, mereka akan dikelilingi dengan suasana yang tenang, elegan selain merasai penghargaan
yang mendalam terhadap budaya Malaysia," ujarnya,
Syarikat penerbangan itu juga secara berperingkat akan meningkatkan penambahan pesawat 737-8 kepada 25 buah pesawat menjelang tahun 2026.
Secara seseluruhan MAG yang merangkumi Malaysia Airlines, Firefly, MASwings, dan MASkargo kini memiliki 100 buah pesawat.
Astro Awani
Wed Jul 19 2023
Malaysia Airlines sudah bersedia untuk menawan angkasa dengan kehadiran pesawat baharu Boeing 737-8 bulan depan. - Gambar ihsan Malaysia Airlines
Pentadbiran Trump minta pegawai atasan FBI letak jawatan dalam rombakan besar
Rombakan ini melibatkan pegawai tertinggi di ibu pejabat FBI di Washington, termasuk mereka yang mengawasi keselamatan negara, siasatan jenayah, dan keselamatan siber.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
AWANI Ringkas: Lelaki dipenjara lima bulan ugut bekas isteri Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizar pecah tradisi, dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.
Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
Pengesahan itu hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Polis Daerah Serdang berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun dan ragut yang berlaku di sekitar Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya selepas penahanan empat suspek dalam operasi khas baru-baru ini.
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.
Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.
JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.