KUALA LUMPUR: Malaysia dianggap antara negara yang terkehadapan dan mempunyai perancangan yang baik dari segi pelaksanaan dasar pendidikan sama ada di peringkat rendah mahupun peringkat tinggi.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata beliau yakin bahawa kerajaan bersedia untuk bersama-sama memastikan agenda pendidikan diberi keutamaan di peringkat global.
"Sepanjang sesi Education World Forum (EWF) berlangsung, ada beberapa wakil negara turut datang berjumpa dengan saya dan kagum dengan cara Malaysia mengurus tadbir pendidikan negara dan berharap agar Malaysia dapat menawarkan kepakaran dan pengalaman ini untuk membantu negara-negara yang memerlukan.
"Satu perkara penting yang saya kongsikan bersama rakan-rakan sidang pleno EWF ini ialah pentingnya kerjasama antara satu sama lain dan bergerak dalam pasukan untuk memastikan pendidikan pemangkin perubahan generasi masa hadapan," katanya melalui kenyataan di Facebook pada Rabu.
Dengan tajuk ‘What can we learn from each other about improving practice in allocating funding, effective planning and identifying priorities?' dalam sesi sidang pleno EWF ini, beliau juga berkongsikan strategi Malaysia dalam melaksanakan dasar pendidikan negara melalui tiga perkara iaitu peruntukan pembiayaan, perancangan strategi yang berkesan, dan mengenal pasti keutamaan.
"Pertamanya, saya maklumkan bahawa Malaysia antara negara yang memberi penekanan penting dalam isu pendidikan dan antara buktinya ialah melalui peruntukan belanjawan untuk sektor pendidikan sebanyak 19 peratus daripada keseluruhan bajet negara pada tahun 2024," jelasnya.
Ujar beliau, pada masa yang sama, kerajaan juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemudahan dan fasiliti pendidikan dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi.
Manakala dari segi perancangan strategi pula, katanya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut menggariskan beberapa fokus untuk diberi perhatian bagi menghasilkan impak bukan sahaja kepada warga pendidikan tetapi kepada masyarakat dan juga negara.
"Lima strategi yang diberi perhatian iaitu bakat berkualiti tinggi, penyelidikan dan inovasi yang berkesan, pemindahan ilmu kepada masyarakat, pengantarabangsaan globalisasi, dan urus tadbir infrastruktur berkualiti," katanya.
Tambahnya, untuk memastikan fokus strategi ini dicapai, beberapa tindakan turut diberi keutamaan iaitu seperti meletakkan sasaran bagi mencapai lima fokus utama, iaitu setiap fakulti dan pentadbir universiti berbincang bagi memastikan sasaran yang ditetapkan tercapai, persetujuan dan persefahaman yang baik antara kementerian dan universiti, memantau perjalanan tindakan, dan aktiviti setiap universiti.
Tiga peringkat jawatankuasa juga akan ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kerja, Jawatankuasa Pemandu, dan Jawatankuasa Pusat di mana setiap pelaksanaan serta prestasi tindakan akan dipantau dan dilaporkan.
Zambry menjadi salah seorang panel dalam sesi sidang pleno EWF di London, United Kingdom.
Turut bersama beliau dalam sesi itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Education Outcomes Fund Dr Amel Karboul; Menteri Pendidikan Teknikal, Latihan Vokasional dan Pekerjaan Republik Guinea, Aminata Kaba; dan Menteri Pendidikan Tinggi dan Kajian Sains Tunisia, Moncef Boukthir.
Pia Ernadya
Wed May 22 2024

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkataa beliau yakin bahawa kerajaan bersedia untuk bersama-sama memastikan agenda pendidikan diberi keutamaan di peringkat global.- Foto Facebook Zambry.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Malaysia antara negara terkehadapan pelaksanaan dasar pendidikan - Zambry
Malaysia dianggap antara negara yang terkedepan dan mempunyai perancangan yang baik dari segi pelaksanaan dasar pendidikan.

Malaysia, 7 negara jalin kerjasama lebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi
Tujuh negara bersetuju menjalin kerjasama dengan Malaysia untuk melebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi.

Jangan taksub sistem ranking - Mohamed Khaled
Menteri Pendidikan Tinggi mengingatkan institusi pengajian tinggi di negara ini supaya tidak terlalu taksub kepada sistem ranking.

Khaled mahu teroka inisiatif baharu bawa KPT ke peringkat lebih baik
Mohamed Khaled akan turut menumpukan usaha meneroka inisiatif baharu untuk meletakkan sektor pendidikan tinggi negara ke tahap lebih baik.

30 peratus kurikulum di universiti perlu fleksibel - Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini adalah penting bagi memastikan graduan yang dilahirkan berkualiti dan selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.

Pelajar asing dijangka meningkat 200,000 menjelang 2020
Jumlah penuntut asing yang menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini dijangka meningkat sehingga 200,000 orang menjelang tahun 2020.

Kempen #BolehBincang PTPTN menjadi, kutipan meningkat drastik
Hasil daripada pelbagai inisiatif yang telah dijalankan bagi membantu memudahkan bayaran balik pinjaman, PTPTN berjaya mengutip jumlah bayaran yang meningkat secara drastik.

33 IPTS ditutup tahun ini - Idris Jusoh
Sebanyak 33 institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh negara ditutup tahun ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Lancarkan bayaran balik sebelum perluas PTPTN kepada pelajar luar negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu memastikan proses bayaran balik pinjaman berjalan lancar sebelum boleh diperluaskan kepada pelajar luar negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, kerajaan berjaya batal saman empat penuntut UM
UM masih kekal sebagai defendan dalam saman pemula itu dan kes berkenaan akan didengar pada 21 April depan.