PUTRAJAYA: Malaysia dan China hari ini memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) Program Pertukaran Kepakaran dalam Sains dan Teknologi, lanjutan daripada Perjanjian kerjasama Sains, Teknologi dan Inovasi yang telah ditandatangani antara kedua-dua negara pada 4 Okt 2013.
MoU berkenaan antara lain akan menerajui skop kerjasama merangkumi program pertukaran saintis dan penyelidik, kolaborasi antara institusi penyelidikan serta penganjuran bersama program dan persidangan akademik dengan keterlibatan saintis dan penyelidik antarabangsa.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah berkenaan sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 yang memberi tumpuan strategik kepada pertumbuhan ekonomi ke arah pembangunan industri dipacu inovasi dan melibatkan aktiviti nilai tambah lebih tinggi.
"Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selaku peneraju sains, teknologi dan inovasi (STI) negara juga telah menetapkan bidang-bidang keutamaan dengan pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) terutamanya industri berasaskan teknologi seperti hidrogen, kecerdasan buatan (AI), bioteknologi dan teknologi angkasa," katanya.
Pemeteraian MoU itu diadakan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia. Pertukaran dokumen MoU tersebut disempurnakan oleh Chang dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Li dalam satu majlis di sini hari ini.
Menerusi kerjasama dua hala Malaysia-China yang melibatkan peningkatan kapasiti dan kepakaran dalam pelbagai industri STI, Chang berkata ia bakal menyumbang kepada pemerkasaan bakat berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang mampu memacu pembangunan industri strategik berimpak tinggi dalam negara.
"Jalinan kerjasama khusus kepada pertukaran kepakaran dan penyelidikan dalam STI ini dijangka dapat memberi nilai tambah bermanfaat kepada kedua-dua negara selain menarik kerjasama penyelidikan lebih meluas serta menggalakkan kemajuan saintifik dan pembangunan ekonomi dua hala yang lebih kukuh," kata Chang.
Pada 2023, China kekal sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009 dengan nilai dagangan RM450.84 bilion (AS$98.90 bilion).
Hubungan Malaysia dan China semakin kukuh susulan peningkatan hubungan dua hala melalui Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri China Li Qiang menyaksikan pertukaran MoU di antara Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing hari ini. - Foto Bernama

Kerajaan AS guna alat pengesan pembohongan terhadap pegawainya
Ujian poligraf akan digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri AS terhadap pegawainya untuk mengesan kebocoran maklumat dalaman.

Pemalam pada Google Gemini kini disenaraikan sebagai 'Aplikasi'
Ini bermakna, setiap kali anda menyeru dan meminta Gemini melakukan sesuatu, ia tidak lagi mengakses pemalam tetapi terus mengakses aplikasi.
PM syukur LHDN kekal berintegriti kutip hasil negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa bersyukur dan bertuah kerana LHDN berjaya mempertahankan integriti dalam menjalankan tanggungjawab mengutip hasil negara.
"Jangan diremehkan kerana selalunya, penguatkuasa termasuk pengurusan tentu tidak ada keberanian sekiranya mereka tahu tanggungjawab disempurnakan itu tidak mendapat dukungan oleh pimpinan," katanya.
"Jangan diremehkan kerana selalunya, penguatkuasa termasuk pengurusan tentu tidak ada keberanian sekiranya mereka tahu tanggungjawab disempurnakan itu tidak mendapat dukungan oleh pimpinan," katanya.

Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi semua pelajar menjelang tahun 2035.

Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Sekurang-kurangnya 1,450 penduduk telah dipindahkan, manakala 100 lagi dilaporkan hilang.

KPDN Kedah tawar 36,000 insentif e-dompet di Bazar Ramadan Rahmah
KPDN Kedah menawarkan 36,000 insentif e-dompet untuk direbut pengunjung di enam lokasi Bazar Ramadan Rahmah (BRR) 2025 di seluruh negeri.

Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine, keselamatan global
Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine.
LHDN kutip peningkatan hasil RM1.46 bilion - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan memperbaiki tata kelola, mempertahankan semangat dan disiplin serta memperkenalkan instrumen baharu seperti e-Invoice, hasil negara akan melonjak tinggi.
"Kita tahu negara itu berkembang, sistem itu mantap tetapi masih ada ruang kelemahan dan kebocoran. Dan saya bangga hasil prestasi hasil menunjukkan ada semangat, dorongan, keupayaan dan pimpinan menyempurnakan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata mana-mana pihak terutamanya golongan 'maha kaya' tidak diberi ruang terlepas daripada memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat dan warganegara dengan membayar cukai.
"Kita tahu negara itu berkembang, sistem itu mantap tetapi masih ada ruang kelemahan dan kebocoran. Dan saya bangga hasil prestasi hasil menunjukkan ada semangat, dorongan, keupayaan dan pimpinan menyempurnakan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata mana-mana pihak terutamanya golongan 'maha kaya' tidak diberi ruang terlepas daripada memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat dan warganegara dengan membayar cukai.

Keazaman politik, insentif industri, dasar penting perkasa peranan wanita
Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai program, kekurangan keterlibatan wanita pada peringkat pembuat dasar perlu diberi perhatian.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu, pertama di dunia guna tenaga solar sepenuhnya
Jambatan ikonik yang terletak di pusat bandar raya itu menerima sijil pengiktirafan daripada The International Tracking Standard Foundation.

Dasar Wanita Negara 2025-2030 perkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita
Dasar Wanita Negara 2025-2030 dilancarkan secara rasmi pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita di Malaysia.

Orang ramai dijemput hadir berbuka puasa bersama PM di Putrajaya pada 10 Mac
Majlis anjuran JAKIM bersama 13 agensi Hal Ehwal Agama Islam itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Petros telah kemuka cadangan kerjasama dengan Petronas - TPM Fadillah
Petros telah mengemukakan surat cadangan kepada Petronas mengenai potensi kerjasama yang boleh diterokai membabitkan kedua-dua syarikat itu.

“Ibu dan isteri, dua wanita terpenting dalam hidup saya" - Anwar
Ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, dan isteri tercinta, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan dua wanita yang penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis siasat video bekas Ahli Parlimen didakwa fitnah Anwar, Saifuddin Nasution
Polis sedang menyiasat kemunculan sebuah video dimuat naik oleh seorang bekas Ahli Parlimen, yang dipercayai memfitnah Anwar dan Saifuddin.

PM Anwar hulur sumbangan kepada keluarga Allahyarham Abu Hanifah
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada waris keluarga Allahyarham Abu Hanifah Yusof yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi di sektor swasta terlalu kecil - PM
Sektor swasta dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan digesa menilai penglibatan pekerja wanita di peringkat pengurusan tertinggi.

Program pemerkasaan wanita masih boleh dibaiki - PM
Perdana Menteri berkata berkata dasar pemerkasaan wanita dalam tempoh dua tahun pentadbiran Kerajaan Madani masih boleh diperbaiki.

TVET: Jangan tersekat dengan kelayakan akademik, majikan mahu pekerja mahir – Belia
Masyarakat tidak wajar menyempitkan ruang pendidikan dan perancangan masa depan berasaskan kepada kelayakan akademik semata-mata, sebaliknya meneroka bidang TVET.

Tindakan tegas tanpa kompromi terhadap penghasut kaum dan agama - PM
Anwar Ibrahim mengarahkan agensi keselamatan dan penguat kuasa untuk bertindak pantas dan berkesan tanpa sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut dengan menggunakan isu perkauman