PUTRAJAYA:Malaysia telah mendaftarkan tujuh kawasan sebagai Tapak Ramsar, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Tapak tersebut ialah di Tasek Bera di Pahang; Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Sungai Pulai di Johor; Kuching Wetland National Park, Sarawak; Lower Kinabatangan-Segama Wetlands dan Kota Kinabalu Wetlands di Sabah.
"Tapak-tapak ini dilindungi di bawah undang-undang perhutanan, taman negeri dan tanah sama ada sebagai hutan simpanan kekal, taman negeri atau kawasan perlindungan tanah lembap," katanya dalam satu kenyataan hari ini sempena Hari Tanah Lembap Sedunia 2021.
Hari ini, 2 Feb ialah ulang tahun ke-50 penubuhan Konvensyen Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Konvensyen Ramsar pada 2 Feb 1971.
Shamsul Anuar berkata kawasan tanah lembap yang dilindungi hanyalah sebahagian kecil daripada keluasan tanah lembap yang telah direkodkan.
"Masih terdapat kawasan tanah lembap yang tidak mempunyai mekanisme perlindungan yang khusus," katanya yang turut menyeru sokongan dan kerjasama kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat umum bagi memastikan inisiatif dan program berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan tanah lembap dapat dilaksanakan.
Di Malaysia, kata beliau, tanah lembap meliputi kawasan tanah gambut, paya bakau, sungai, tasik dan pesisiran pantai yang menjadi habitat kepada kepelbagaian spesies flora dan fauna terutamanya burung air yang bermigrasi.
Tanah lembap mempunyai nilai pemuliharaan yang tinggi iaitu dari segi nilai ekonomi dalam bentuk hasil hutan, laut dan pelancongan serta faedah perkhidmatan ekosistem seperti perlindungan daripada bencana tsunami, kawasan tadahan air, kawasan pembiakan, kawalan banjir dan kawasan tadahan karbon, kata beliau.
"Kira-kira 40 peratus daripada spesies seluruh duniatinggal dan membiak di kawasan tanah lembap dan lebih 200 jenis ikan baru ditemui setiap tahun di tanah lembap darat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 02 2021

Tanah lembap mempunyai nilai pemuliharaan yang tinggi iaitu dari segi nilai ekonomi dalam bentuk hasil hutan, laut dan pelancongan. - Foto Facebook

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Malaysia daftar tujuh kawasan sebagai Tapak Ramsar
Kawasan tanah lembap yang dilindungi hanyalah sebahagian kecil daripada keluasan tanah lembap yang telah direkodkan.