PETALING JAYA: Malaysia memberi penekanan terhadap pewujudan bandar pintar berdasarkan trend peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata langkah mewujudkan bandar pintar adalah satu daripada pendekatan untuk menyelesaikan isu-isu perbandaran bagi meningkatkan kualiti hidup, menggalakkan pertumbuhan ekonomi, membangunkan persekitaran selamat serta menggalakkan pengurusan bandar yang cekap melalui pengaplikasian teknologi.
"Menurut laporan Dasar Perbandaran Negara Kedua jumlah penduduk Malaysia yang tinggal di bandar dijangka meningkat daripada 20.29 juta pada 2010 kepada 27.30 juta menjelang 2025.
"Kini dianggarkan lebih 70 peratus daripada penduduk negara tinggal di kawasan bandar," katanya ketika berucap melancarkan Program Rintis Sandbox Bandar Pintar Lestari antara National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) dan Sunway Innovation Labs (iLabs) di sini hari ini.
Beliau berkata kewujudan bandar pintar di negara ini membolehkan penggunaan teknologi dibangunkan oleh bakat tempatan melalui inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) seperti NTIS untuk membantu pihak berkuasa menangani isu-isu perbandaran dan meningkatkan kualiti hidup.
Pada majlis hari ini, MOSTI melalui agensi di bawahnya Malaysia Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Sunway Innovation Labs (iLabs) untuk sandbox bandar pintar menerusi Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS).
NTIS adalah platform untuk mempercepat usaha mengubah negara daripada menjadi pengguna teknologi kepada penghasil teknologi.
Melalui kerjasama ini inovasi yang dibangunkan oleh syarikat pemula Sunway iLabs Super Accelerator boleh disalurkan kepada NTIS untuk diuji dalam persekitaran bandar raya sebenar yang dibangunkan Sunway, menerima fasilitasi kawal selia dan pembiayaan sebelum membawa penyelesaian teknologi ini ke pasaran dan dilaksanakan di seluruh negara.
Usaha ini dilihat mampu menjadikan bandar Sunway sebagai makmal alami, membawa masuk bakat muda, tenaga intelektual, kepakaran penyelidikan, makmal inovasi dan aktiviti komersial untuk menjana penyelesaian sebenar di kawasan bandar pada masa hadapan.
Dr Adham berkata antara manfaat program rintis sandbox bandar pintar lestari ialah mencapai sasaran komitmen Malaysia untuk menjadi negara neutral karbon ke arah sifar emisi karbon pada 2050 dan memacu Malaysia ke arah negara lebih hijau selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Selain itu rangka tindakan perbandaran Sunway boleh diadaptasi di seluruh negara bagi tujuan keselamatan, keselesaan serta bagi meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup penduduk dan pada masa sama memelihara alam sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022

Dr Adham menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Program Rintis Sandbox Bandar Pintar Lestari di Sunway Futurex Duplex, Bandar Sunway hari ini. - Foto BERNAMA

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

MCMC, DPCH meterai MoU sokong bandaraya pintar, pelan perak sejahtera - Fahmi
MCMC dan Digital Perak Corporation Holdings menandatangani MoU antara lain bertujuan menyokong pelaksanaan program bandar pintar di Bandaraya Ipoh.

Belanjawan 2025: RM15.1 juta untuk tingkat pembangunan bandar pintar
Sebanyak RM15.1 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi meningkatkan pembangunan bandar pintar di seluruh negara.

Malaysia teroka peluang kerjasama bandar pintar, pelaburan teknologi dengan China - Zaliha
Dr Zaliha berkata peluang kerjasama itu akan dinyatakan pada lawatan kerja rasminya selama enam hari ke China bermula hari ini.

Malaysia-China akan meterai MoU dalam bidang perumahan, bandar pintar - Kor Ming
Malaysia dan China bakal memeterai memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang perumahan, perancangan bandar dan bandar pintar, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.

SDEC tarik 15,000 pelawat, jana potensi nilai transaksi sehingga RM80 juta - Sidec
Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor kelapan yang diadakan Oktober lepas, menarik lebih 15,000 pelawat dan menjana potensi nilai transaksi sehingga RM80 juta.

RMK12: Lima bandar pintar menjelang 2025
Sekurang-kurangnya lima bandar disasarkan untuk diiktiraf sebagai pelaksana awal bandar pintar menjelang tahun 2025 iaitu dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Seremban bandar pintar, rendah karbon menjelang 2027 - Datuk Bandar
Mahu wujudkan bandar selamat dan utamakan isu keselamatan termasuk penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) serta penglibatan komuniti.

Kerajaan sasar Wilayah Persekutuan jadi bandar pintar menjelang 2030 - PM Anwar
Kerajaan menyasarkan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai bandar pintar menjelang 2030.

Forum dan mesyuarat Datuk Bandar ASEAN bincang kerjasama bina bandar pintar
Datuk Bandar negara-negara (ASEAN) bertemu di Phnom Penh bagi membincangkan bagaimana untuk membina bandar pintar di rantau ini.