PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia menerima baik tindakan parti utama Kerajaan India, Bharajaya Janata (BJP), yang menggantung seorang jurucakap, dan memecat seorang lagi kerana menghina Nabi Muhammad.
Namun, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Malaysia juga gusar kerana situasi itu dilihat sering kali berulang.
Kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu lagi, perkara itu telah disuarakannya dalam pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Kuala Lumpur, BN Reddy pada Selasa lepas.
“Duta mereka telah dipanggil pada Selasa, dan kita sebutkan kita tak puas hati dengan apa berlaku. Tapi kita kata bagus juga kerana mereka (BJP) dah ambil tindakan apabila dua orang terlibat itu telah dipecat atau dihentikan.
“Namun kita nyatakan kerisauan kita perkara ini sudah selalu berlaku sejak mutakhir ini, dan kita minta kerajaan India berusaha cuba hentikan daripada perkara ini berlaku lagi,” katanya lagi.
BACA: India hadapi kemarahan selepas kenyataan hina Islam
BACA: Nabi Muhammad dihina, sikap berdiam diri Kerajaan Malaysia memalukan - Pejuang Muda
Saifuddin berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Malaysia, di sini hari ini.
Kerajaan India telah menerima kecaman hebat di peringkat antarabangsa selepas dua jurucakapnya Nupur Sharma, dan Naveen Jindal telah mengeluarkan kenyataan yang menghina Nabi Muhammad dan isteri Baginda, Aisyah RA.
Dalam satu kenyataan di laman web rasmi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India ke Kuala Lumpur, mereka bertegas bahawa kenyataan dua jurucakap BJP tidak menggambarkan pendirian Kerajaan India.
“Kerajaan India sentiasa memberi penghormatan tinggi kepada semua agama. Tindakan tegas telah diambil terhadap pihak berkenaan, yang membuat kenyataan atau ciapan berunsur penghinaan,” menurut kenyataan itu lagi.
Firdaus Azil
Thu Jun 09 2022

Saifuddin berkata, perkara itu telah disuarakannya dalam pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Kuala Lumpur, BN Reddy pada Selasa lepas. - Foto BERNAMA

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.

Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.

MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.

Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.

ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.

Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.

Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas

PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.

LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.