KUALA LUMPUR: Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai ‘best practice’ bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
Keputusan tersebut dibuat dalam Persidangan Menteri-menteri Pendidikan Komanwel Ke-22 (CCEM) di Marlborough House, London, United Kingdom, yang dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Jelas beliau, pada sidang pleno bagi Sesi Peringkat Tinggi, mesyuarat tersebut turut menyifatkan Malaysia sebagai antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI.
"Dalam rumusan yang dilakukan oleh mesyuarat kali ini, antara syor yang dipersetujui ialah Komanwel perlu menjadi entiti penting dalam bidang pendidikan.
"Antara cadangannya ialah untuk mewujudkan Program Penyelarasan AI Komanwel sebagai langkah untuk membantu 56 buah negara anggota Komanwel yang kebanyakannya masih berhadapan dengan masalah infra dan kemudahan asas internet," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Zambry menambah, mesyuarat kali ini menunjukkan keseriusan untuk semua negara ahli Komanwel memastikan pendidikan di setiap negara dapat membangun bersama,terutamanya dalam mengejar kepantasan dunia teknologi semasa.
Dalam sesi sama, beliau turut menyentuh mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang semakin menjadi tumpuan seluruh dunia termasuk Malaysia.
Zambry turut berkongsi dengan rakan negara Komanwel bahawa Malaysia sedang bergerak ke hadapan dalam bidang TVET dan telah menubuhkan Majlis TVET Negara bagi menyelaras setiap bahagian serta agensi yang terlibat dengan TVET.
Katanya lagi, empat tindakan yang perlu diambil berkenaan TVET ialah komitmen oleh kerajaan dan pihak berkaitan; penglibatan pelbagai peringkat kumpulan dan segmen masyarakat; kualiti falsafah pendidikan dan nilai kemanuasiaan.
Pada masa sama jelasnya, Malaysia juga mengesyorkan aspek pembinaan manuasiawi meliputi nilai rohaniah, rasa ihsan, empati dan belas kasihan.
CCEM merupakan pertemuan antara Menteri-Menteri Negara Komanwel bagi membincangkan mengenai perihal pendidikan semasa dan juga perkongsian bersama bagi meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan negara Komanwel.
Astro Awani
Sat May 18 2024

Zambry hadir Persidangan Menteri-menteri Pendidikan Komanwel Ke-22 yang berlangsung pada 16 hingga 17 Mei 2024 di London. - Gambar FB Zambry Abd Kadir

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.

'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, Ahad.

Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.

Malaysia sokong Deklarasi Kaherah perkasa belia untuk ekonomi mampan
Datuk Seri Zambry Abd Kadir menegaskan sokongan Malaysia terhadap pembangunan belia, khususnya dalam sektor ekonomi dan keusahawanan.

Malaysia seru negara D-8 bekerjasama perkasa belia melalui AKEPT
Zambry menekankan peranan penting institusi pengajian tinggi dalam membuka peluang dan mendorong pemerkasaan golongan belia.

Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.

Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Kes buli UPNM: Zambry syor ekosistem pendidikan dikaji semula
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesyorkan supaya ekosistem pendidikan dilihat semula, bagi mendapatkan pendekatan menangani kes buli yang dikaitkan dengan penuntut UPNM.