KUALA LUMPUR:Malaysia dijangka menerima tuntutan pampasan penamatan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dari Singapura dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata bagaimanapun jumlah tuntutan itu perlu disahkan dan dipersetujui oleh kedua-dua negara.
"Ketika ini kami masih menunggu Singapura menyerahkan tuntutan itu kepada kami.
"Sebaik sahaja ia dikemukakan, kami akan melaksanakan usaha wajar bagi memastikan tuntutan itu adalah munasabah dan dapat disahkan," katanya dalam taklimat media pada Jumaat.
Pada awal minggu ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia berpandangan bahawa jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada Singapura susulan penamatan projek HSR adalah jauh lebih rendah daripada S$270 juta (kira-kira RM820.76 juta) yang dibelanjakan oleh Singapura.
Mohd Nur Ismal mengulangi bahawa pampasan itu bukanlah denda, sebaliknya bertujuan membayar balik kepada Singapura kos projek yang telah dibelanjakan, namun tidak dapat digunakan.
Beliau berkata setakat ini, kerajaan tidak komited atau memuktamadkan sebarang projek termasuk spekulasi bahawa projek kereta api laju Kuala Lumpur-Johor Bahru bagi menggantikan HSR KL-Singapura.
"Kita memerlukan satu kajian yang teliti mengenai mana-mana projek yang akan menggantikan projek HSR KL-Singapura yang boleh dilaksanakan sendiri," katanya.
Beliau menambah kajian itu dijangka bermula tidak lama lagi dan berharap dapat dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan.
"Tetapi ia bergantung kepada seberapa banyak kerja yang perlu dilakukan," katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan untuk Malaysia dan Singapura mempunyai satu lagi projek seperti HSR pada masa akan datang berikutan pembatalan projek tersebut, Pengerusi MyHSR Corp Tan Sri Esa Mohamed berkata Malaysia akan terus meninjau pilihan untuk meningkatkan kesalinghubungan HSR, termasuk Singapura menyertai semula HSR di masa akan datang.
"Perkara pada masa ini ditamatkan. Jadi, sekiranya terdapat sebarang projek pada masa akan datang, ia akan diletakkan di bawah perjanjian baharu," kata Esa.
Pada 1 Jan 2021, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong dalam kenyataan bersama mengumumkan bahawa projek HSR sepanjang 350 kilometer telah ditamatkan apabila kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat berhubung perubahan yang dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu berakhir pada 31 Dis 2020.
Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung dilaporkan berkata penyingkiran Assets Company (AssetsCo) sebagai pembekal sistem dan operator rangkaian projek itu telah menjadi kebimbangan utama Singapura dalam perbincangan mengenai perubahan yang dicadangkan Malaysia.
Sebelum ini Mustapa dilaporkan berkata kerajaan berupaya melakukan penjimatan jumlah jaminan kerajaan sehingga RM60 bilion dalam tempoh 30 tahun apabila tidak menggunakan perkhidmatan AssetsCo.
MyHSR Corp merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang diperbadankan pada 2015 dan bertanggungjawab untuk pembangunan dan pelaksanaan projek itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 08 2021

Setakat ini, kerajaan tidak komited atau memuktamadkan sebarang projek termasuk spekulasi bahawa projek kereta api laju Kuala Lumpur-Johor Bahru bagi menggantikan HSR KL-Singapura. -Gambar fail
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.

Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.

Kerajaan sedang muktamad parameter utama projek HSR
Kerajaan sedang memuktamadkan parameter utama bagi cadangan pelaksanaan projek HSR KL-SG dengan diterajui sektor swasta.

Negeri Sembilan optimis HSR dapat dilaksanakan, tingkatkan pembangunan negeri - Aminuddin
Negeri Sembilan optimis projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura akan dapat dilaksanakan meskipun ia belum dimuktamadkan setakat ini.

Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony
Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan fokus untuk meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan.

7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura
Tujuh konsortium telah mengemukakan cadangan konsep kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) hari ini.

Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar dilaksanakan - Maybank IB
Projek HSR KL-Singapura yang dianggar menelan belanja RM100 bilion adalah sangat mencabar untuk dilaksanakan tanpa penglibatan kerajaan.

Projek HSR tidak terjejas, walaupun firma Jepun tarik diri - Loke
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak terjejas, walaupun firma Jepun menarik diri daripada terbabit.

HSR KL-Singapura: Firma Jepun tarik diri, China dan Eropah berpotensi jadi pembida berjaya - Laporan
Penarikan diri firma Jepun adalah kerana projek HSR itu mempunyai risiko tiada jaminan kewangan dari pihak Kerajaan Malaysia.

HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, empat tokoh politik
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman yang difailkan seorang individu berhubung pembatalan projek HSR.

Negeri Sembilan sambut baik projek HSR KL-Singapura diteruskan - Aminuddin
Cadangan meneruskan pembinaan HSR KL-Singapura, merupakan usaha yang baik terutama dalam meningkatkan ekonomi di Negeri Sembilan.

Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.