BANGI: Malaysia komited dalam menangani isu kebimbangan global khususnya perubahan iklim dan memastikan perlindungan serta penilaian berterusan terhadap pelbagai kesan alam sekitar di benua Antartika, titah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Sultan Mizan yang juga penaung Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) bertitah kedudukan Malaysia di tangga ke-36 daripada 200 negara dalam penerbitan kertas saintifik merupakan bukti pencapaian dan sumbangan dalam memahami bumi ini.
"Bagaimanapun, beta ingin menekankan bahawa untuk memastikan penyelidikan berkembang maju di Antartika, kita perlu memiliki rangka kerja dasar yang merangkumi peruntukan tahunan untuk menyokong usaha-usaha penyelidikan di Antartika secara berterusan.
"Dengan minat yang semakin meningkat terhadap penyelidikan dalam perubahan iklim yang berkaitan dengan kawasan kutub, dana penyelidikan yang mampan penting bagi mengukuhkan program penyelidikan kutub kita," titah baginda ketika merasmikan Seminar Antarabangsa Antartika Malaysia (MISA) ke-10 di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Norazah Mohd Nordin.
Sultan Mizan bertitah data dan bukti yang diperoleh oleh penyelidik akan menyokong pembuat dasar dalam membuat keputusan dalam merangka dasar untuk mengurangkan ancaman perubahan iklim.
Baginda bertitah sokongan yang meningkat daripada kerajaan akan memberi mesej yang jelas kepada sektor swasta terhadap kepentingan kawasan kutub dan menggalakkan mereka untuk memberi sumbangan kepada misi terbabit.
"Matlamat kita dalam menangani perubahan iklim dan melindungi kawasan kutub tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada masyarakat.
"Sehubungan itu, kesedaran dan pendidikan tentang perubahan iklim yang berkaitan dengan kawasan kutub penting dalam memperoleh sokongan daripada sektor korporat, belia, pelajar sekolah serta masyarakat," titah baginda.
Pada majlis itu, Sultan Mizan turut berkenan menganugerahkan geran penyelidikan berjumlah RM800,000 kepada tujuh penyelidik melalui kerjasama inisiatif perkongsian pintar antara YPASM dan 10 universiti tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Sultan Mizan bertitah, kedudukan Malaysia di tangga ke-36 daripada 200 negara dalam penerbitan kertas saintifik merupakan bukti pencapaian dan sumbangan dalam memahami bumi ini. - Bernama

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

Sultan Terengganu berkenan rasmi Hospital Sultan Zainal Abidin
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Hospital Sultan Zainal Abidin bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan baginda.

Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Sultan Mizan mahu kerajaan Terengganu perkasa kerjasama dengan Persekutuan
Sultan Terengganu menyarankan kerajaan negeri mengambil pendekatan komprehensif dengan memperkasakan jalinan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

Sultan, Sultanah Terengganu kurnia sumbangan Aidilfitri
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan sumbangan kepada fakir miskin dan pelajar sekolah sempena Aidilfitri.

Kerajaan Terengganu perlu cari kaedah, model terbaik dalam sistem pentadbiran - Sultan Mizan
Sultan Mizan mengingatkan kerajaan negeri supaya menggandakan usaha dan mempergiatkan aktiviti untuk menggalakkan pelaburan bagi memastikan Terengganu kekal kompetitif.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan bonda
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin atas kemangkatan bonda.

Bonda Sultan Terengganu mangkat
Bonda Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, iaitu Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah kembali ke rahmatullah, awal pagi Khamis.

Ahmad Samsuri menghadap Sultan Terengganu esok, mohon bubar DUN
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar akan menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin esok, untuk mendapat perkenan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN.

Sultan Mizan rasmi Mushaf Sultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Mushaf Sultan Zainal Abidin yang menerapkan seni hiasan beridentitikan Terengganu.