MALAYSIA komited dengan peranannya sebagai fasilitator proses dialog damai di selatan Thailand, kata Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Bong Yik Jui.
Bong berkata Malaysia tetap komited bekerjasama dengan Thailand dan semua pihak yang terlibat dalam mencari penyelesaian yang berkekalan dan diterima oleh semua pihak bagi mencapai keamanan dan kestabilan yang adil dan berkekalan.
"Malaysia menganggap situasi ini sebagai perkara dalaman Thailand dan tidak menyokong sebarang usaha untuk menubuhkan negara berasingan di selatan Thailand," katanya kepada Bernama di sini, pada Khamis.
Bong berkata persetujuan untuk membangunkan Pelan Komprehensif Bersama Ke Arah Keamanan (JCPP) yang bertujuan untuk menamatkan konflik dan mencapai keamanan menjelang akhir 2024 adalah bukti komitmen kedua-dua pihak yang berunding.
"Kami gembira dengan perbincangan yang sedang berlangsung untuk memuktamadkan dokumen JCPP.
Kesimpulan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama ke-10 Kumpulan Kerja Bersama Proses Dialog Damai (JWG-PDP) Wilayah Sempadan Selatan Thailand yang baru sahaja diadakan dari 19 hingga 21 Mei 2024 di Kuala Lumpur telah membuka jalan untuk keamanan yang mampan di selatan Thailand," katanya.
Bong merupakan antara peserta dalam program Lawatan Duta ke Wilayah Sempadan Selatan Thailand 2024 dari 11 hingga 13 Jun, yang dianjurkan bersama oleh Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) dan Kementerian Luar Thailand untuk memaparkan kekuatan dan potensi pembangunan wilayah sempadan selatan Thailand.
Tiga wilayah paling selatan Thailand - Yala, Pattani, dan Narathiwat - dihuni oleh penduduk yang majoritinya beragama Islam.
Lawatan yang bertemakan "Mempertingkatkan Kualiti Hidup Rakyat" turut disertai duta dari Brunei, Mesir, dan Iran, serta pegawai diplomatik dari Indonesia, Malaysia, Maldives, Nigeria, dan Uzbekistan.
Pada Februari tahun lalu, Panel Dialog Damai Kerajaan Diraja Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) bersetuju untuk membangunkan JCPP sebagai peta jalan untuk 2023-2024 dalam mencari penyelesaian untuk menamatkan konflik bersenjata di selatan Thailand.
JCPP, yang dipersetujui semasa Mesyuarat Rasmi Ke-6 Proses Dialog Damai di Kuala Lumpur, telah membawa harapan untuk menyelesaikan konflik serantau itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024

Malaysia komited bekerjasama dengan Thailand dan semua pihak yang terlibat dalam mencari penyelesaian yang berkekalan dan diterima oleh semua pihak. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand
Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai 2024.

Malaysia komited untuk memudah cara dialog damai di Selatan Thailand
Malaysia komited bekerjasama dengan Thailand dan semua pihak yang terlibat dalam mencari penyelesaian yang berkekalan dan diterima oleh semua pihak.

Selatan Thai: PEDP-RTG, BRN setuju bentuk Pelan Komprehensif Kerjasama ke Arah Pendamaian
Pelan hala tuju itu untuk kedamaian bagi komuniti Patani di Wilayah Sempadan Selatan Thailand dan mewujudkan peluang menamatkan konflik.

Thailand sangkal penyerahan pemberontak ada kaitan dengan rundingan damai di Malaysia
Thailand menafikan dakwaan bahawa tiga warganya yang disyaki sebagai pemberontak yang diserahkan oleh kerajaan Malaysia ada kaitan dengan dialog damai yang diadakan di Kuala Lumpur awal minggu ini.