KUALA LUMPUR: Malaysia terlibat secara aktif dengan negara-negara ASEAN lain untuk memacu inisiatif serantau seperti Grid Kuasa ASEAN, yang bertujuan memperkukuh ketersambungan dan keselamatan tenaga elektrik di seluruh rantau ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata melalui pertukaran sumber, pengetahuan dan teknologi, Malaysia boleh mengatasi pelbagai halangan dan mempercepatkan penggunaan teknologi hijau dalam memupuk langkah kolektif ke arah kemampanan.
"Semasa kita mengenal pasti dan memperakui halangan-halangan di masa hadapan, daripada kerumitan teknologi kepada kekangan ekonomi, kita terus kekal teguh dalam komitmen kepada rangka kerja dasar yang fleksibel dan versatil.
"Rangka kerja ini akan memastikan pengurusan adaptif dan integrasi lancar bagi teknologi baru muncul, mendorong kita melangkah ke hadapan di tengah-tengah cabaran dinamik," katanya dalam ucap tama pada Persidangan Hidrogen Hijau ASEAN 2024 di sini, hari ini.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Malaysia akan terus terlibat dengan pihak berkepentingan utamanya dan mengekalkan dialog terbuka bagi memastikan strateginya kekal selaras dengan trend tempatan dan juga global, di samping mengemudi negara dengan mantap ke arah wawasan bersamanya untuk masa depan yang mampan.
Di pihak Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Fadillah berkata ia akan terus bekerjasama secara proaktif dengan pelbagai kementerian, terutamanya Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dalam membentuk persekitaran yang kondusif untuk memupuk pertumbuhan sektor tenaga negara.
Beliau berkata PETRA juga memperluaskan usaha kerjasamanya untuk menerima pelbagai sektor swasta, daripada utiliti kepada syarikat tenaga.
Sementara itu Fadillah dalam sidang media berkata negara perlu mencari alternatif tenaga lain seperti solar, hidrogen dan biomas yang lebih mapan, mesra alam dan mampu dibiayai oleh pengguna.
"Kalau kita tengok kedudukan tanah Semenanjung, keperluan tenaga begitu banyak, tetapi sumber kita mungkin makin kurang khususnya nanti bila arang batu dihapuskan, dan kita masa ini akan bergantung kepada gas, tetapi gas pula makin mahal sebab kita terpaksa import.
"Tetapi potensi besar juga perlu dilihat di Sarawak dan Sabah, malahan di Pulau Borneo itu sendiri yang berada di tengah-tengah ASEAN merupakan potensi untuk menjadi pembekal tenaga boleh baharu untuk masa akan datang," katanya.
Persidangan dua hari bermula hari ini menyediakan pelbagai program, antaranya perbincangan panel, bengkel dan pameran yang mempamerkan teknologi tenaga hidrogen terkini daripada syarikat terkemuka dan syarikat pemula.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

FADILLAH: Rangka kerja ini akan memastikan pengurusan adaptif dan integrasi lancar bagi teknologi baru muncul, mendorong kita melangkah ke hadapan di tengah-tengah cabaran dinamik. -Gambar fail/Bernama

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Tiga projek bernilai RM182.5 juta untuk atasi hakisan pantai di Terengganu - Fadillah
Kerajaan luluskan tiga projek bernilai RM182.5 juta di bawah RMK12 sebagai langkah mengatasi masalah hakisan di sepanjang pesisir pantai Terengganu.

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

Isu peruntukan Syed Saddiq akan selesai dalam masa terdekat - Fadillah
Isu peruntukan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan diselesaikan dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Petros telah kemuka cadangan kerjasama dengan Petronas - TPM Fadillah
Petros telah mengemukakan surat cadangan kepada Petronas mengenai potensi kerjasama yang boleh diterokai membabitkan kedua-dua syarikat itu.

Wanita simbol kekuatan, sumbangan besar dalam membentuk keluarga, masyarakat, negara - TPM Fadillah
Golongan wanita menjadi asas bagi 'madrasah pertama' dan merupakan sistem sokongan terhadap keluarga, masyarakat, dan negara.

Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan perluas penggunaan kod QR kepada kereta tahun ini
Fadillah berharap langkah ini akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan mengurangkan kesesakan di pintu masuk negara.

Ahmad Zahid, Fadillah ucap selamat menyambut Ramadan, ajak kurangkan pembaziran
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh negara yang akan memulakan ibadah puasa esok.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.