PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan 'Malaysia Madani' sebagai langkah mengangkat semula martabat negara dan dihormati semula sebagai negara makmur berteraskan enam teras utama.
a. Madani ialah kerangka dasar terdiri enam tonggak dasar;
b. Enam tonggak dasar itu ialah KeMampanan, KesejAhteraan, Daya cipta, HormAt, KeyakiNan, Ihsan
;
c. Madani menyentuh pencorakan masa depan, penuhi potensi rakyat dan negara; dan
d. Madani jadi dasar setiap teras bagi memperkukuh lapan keperluan:
1. Ekonomi
2. Kewangan
3. Perundangan
4. Pendidikan
5. Kemasyarakatan
6. Budaya
7. Bandar
8. Luar Bandar
Tiga keutamaan
Keutamaan 1: Membasmi Kemiskinan;
Keutamaan 2: Penstrukturan semula ekonomi; dan
Keutamaan 3: Memulih dan menjana ekonomi
BACA: Angkat 'Malaysia Madani', harumkan semula nama Malaysia - PM Anwar
Masyarakat
- Pelihara rakyat daripada kancah perkauman; dan
- Meletakkan noktah terhadap usaha pihak yang menggunakan politik identiti untuk memecah-belahkan masyarakat
Pendidikan
- Pemansuhan dasar yang membebankan guru dan pelajar, serta penerapan pemikiran kritis dan kreatif
- Fokus pembangunan sahsiah atau ‘character development’
- Menggerakkan pemodenan sistem universiti; dan
- Mewujudkan ijazah berkaitan industri dengan fokus kepada teknologi baharu, mewujudkan kajian bidang-bidang baharu, termasuk pendekatan baharu terhadap ekonomi manusiawi, ihsan dan mampan
Alam Sekitar
- Komitmen net-zero green house emissions 2050; dan
- Laksana komitmen berasaskan pelaksanaan holistik dan tidak silo
Tenaga
- Menggerakkan peralihan sumber tenaga daripada bahan api fosil kepada sumber tenaga hijau
- Memupuk ekonomi hijau memerlukan komitmen penuh sektor awam dan swasta
Perundangan
- Suatu undang-undang tegas terkait perlindungan flora dan fauna, alam sekitar dan masa hadapan Malaysia akan digubal
Cukai
- Memperkenalkan cukai kemampanan; dan
- Cukai kemampanan merangkumi aspek alam sekitar seperti perubahan iklim, keadilan sosial, dan isu-isu khusus di peringkat tempatan dan antarabangsa
Teknologi
- Sektor pembuatan mendakap prinsip daya cipta,
- Perubahan radikal persiap negara menghadapi kerancakan revolusi industri dan teknologi pertanian,
- Pasaran kerja akan berubah dengan penggunaan Artificial Intelligence (AI), robotik, automasi, data raya, analitik yang canggih, kecerdasan buatan; dan
- Siap siaga berdepan tsunami digital dengan kedatangan ChatGPT
Kemajuan Desa
- Menubuhkan pusat luar bandar dan pusat universiti beri fokus meneroka aspek Pertanian 4.0 daya cipta pertanian moden; dan
- Memperhebat daya cipta pertanian moden dan pertanian pintar berasaskan teknologi
Institusi
- Menubuhkan pusat penyelidikan dan institusi bebas, yang berhubung langsung dengan industri pada aspek yang berbeda dalam Industri 4.0.;
- Usaha sudah dimulakan untuk membuka ruang kepada bekalan kenderaan elektrik (EV) agar melabur di Malaysia; dan
- Pembinaan infrastruktur untuk keperluan kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan tanpa pemandu
Media bermaruah
- Menghormati privasi, kebenaran dan keadilan dalam media arus perdana dan media sosial;
- Bebas daripada laporan tidak beretika, prasangka, dan campur tangan politik; dan
- Penyuburan budaya hormat-menghormati, yang menjadi sendi kepada Madani
Penilaian Prestasi
- Memperkenalkan mekanisme baharu penilaian prestasi sektor awam lebih holistik iaitu Malaysian Government Performance Index (MyGPI);
- MyGPI menilai pengurusan organisasi dan pendigitalan perkhidmatan melalui tadbir urus ke arah reformasi sektor awam, menyumbang kepada peningkatan imej dan kedudukan negara di peringkat global, pemudahcaraan komuniti perniagaan dan kesejahteraan rakyat; dan
- Pencapaian diukur kira aspek kepimpinan, pematuhan, inklusif, responsif, integriti dan ketelusan serta prestasi sektor awam yang dinamik, berkesan dan berpaksikan rakyat
Astro Awani
Thu Jan 19 2023

Anwar melancarkan Malaysia Madani yang merupakan kerangka dasar terdiri enam tonggak dasar iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. - fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial
Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial bertujuan untuk menaikkan martabat bahasa perbualan yang belum diterokai, dikaji dan didokumentasikan.

Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani di MITEC 22-24 Nov
Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat bersetuju untuk mengadakan majlis Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani pada 22 hingga 24 November depan.
![[KOLUMNIS] Belanjawan 2025: Cabaran kesungguhan reformasi perkhidmatan awam menjayakan perlaksanaan [KOLUMNIS] Belanjawan 2025: Cabaran kesungguhan reformasi perkhidmatan awam menjayakan perlaksanaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710478635_PenjawatAwam.jpg)
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025: Cabaran kesungguhan reformasi perkhidmatan awam menjayakan perlaksanaan
Kejayaan perlaksanaan belanjawan ini terletak pada keupayaan dan kesiapsiagaan penjawat awam yang bertanggungjawab melaksanakannya tahun depan.

Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.

Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia
Sambutan Hari Malaysia 2024 akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah bermula jam 6 petang pada 16 September ini.

Hari Kebangsaan 2024: PM harap semangat jiwa merdeka, perpaduan kekal berpanjangan
Beliau turut menzahirkan harapan agar semangat yang ditonjol oleh rakyat itu mampu memacu usaha mengangkat darjat dan martabat negara ke tahap lebih hebat.

Mah Sing pecah tanah projek Residensi Suria Madani, lancar M Aspira
Bermatlamat menawarkan perumahan mampu milik, persekitaran harmoni yang menjelmakan konsep keterangkuman, kemakmuran dan perpaduan.

KPKT komited laksana reformasi perkhidmatan awam
SSPA menyuntik semangat warga kementerian untuk terus berusaha dan memberikan sepenuh komitmen dalam menyantuni rakyat.

Kerajaan umum kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam bulan ini - PM Anwar
Kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan diumumkan secara kaedah kasar terlebih dahulu dalam masa terdekat.

PENA lancar projek penerbitan buku sastera, sasar 100 judul tahun ini
PENA membuka peluang kepada penulis tempatan untuk menerbitkan karya sastera melalui projek Penerbitan Buku PENA-MALAYSIA MADANI.