KUALA LUMPUR: Malaysia boleh terus kekal sebagai peneraju produk dan perkhidmatan halal yang memenuhi standard kualiti tertinggi kerana negara mempunyai ekosistem dan strategi yang betul untuk meraih lebih banyak perniagaan halal global.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yakin dengan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030), visi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membangunkan platform industri dan perniagaan-kepada-perniagaan (B2B) seperti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), Malaysia boleh mengekalkan kedudukan penerajuannya.
"Malaysia terkenal sebagai pembekal utama pelbagai produk dan perkhidmatan diperakui halal, seperti makanan, kosmetik, farmaseutikal, kewangan dan pelancongan.
"Untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi halal Malaysia, kerajaan baru-baru ini melancarkan HIMP 2030 yang menggariskan pelan tindakan jelas mengenai bagaimana kita boleh memanfaatkan secara strategik peningkatan permintaan global terhadap produk dan perkhidmatan halal, serta mengukuhkan penerajuan Malaysia dengan memanfaatkan ekosistem industri halal kita yang diperakui dunia dan pakar kumulatif," katanya dalam ucapan beliau pada pelancaran awal MIHAS 2023, di sini, hari ini.
Beliau berkata Malaysia sekali lagi disenaraikan sebagai ekonomi halal utama dunia bagi sembilan tahun berturut-turut dan HIMP 2030 akan membantu mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju utama dunia dalam industri halal.
Menerusi HIMP 2030, MITI mengunjurkan industri halal berkembang kepada US$113.2 bilion menjelang 2030, dengan sumbangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 8.1 peratus pada 2025.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata MIHAS, sebagai platform B2B yang semakin berkembang kukuh, juga diangkat sebagai satu daripada pemacu utama yang membangunkan momentum halal dengan meneroka bidang baharu dan peluang yang belum dimanfaatkan dalam industri.
Edisi MIHAS 2023 ke-19 yang dihoskan oleh MITI dan dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan diadakan selama empat hari bermula 12-15 Sept, 2023 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Pameran itu yang bertemakan 'Paving the Way of Halal', akan menampilkan trend, teknologi dan inovasi halal terkini merangkumi 12 kluster terdiri daripada makanan dan minuman; fesyen dan gaya hidup sederhana; kosmetik dan penjagaan peribadi; teknologi dan pembungkusan makanan, selain kewangan dan teknologi kewangan (fintech) Islam, media dan rekreasi, runcit dan francais, hospitaliti dan pelancongan mesra Muslim, farmaseutikal dan perubatan, perkhidmatan dan pendaya, pendidikan, e-dagang, dan seni dan budaya Islam.
MIHAS 2023, dijangka menjadi edisi terbesar pasca pandemik kerana ia diunjur menarik lebih 35,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa serta 1,500 reruai dan menyasarkan 40 pavilion negara.
--BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2023

Beliau berkata Malaysia sekali lagi disenaraikan sebagai ekonomi halal utama dunia bagi sembilan tahun berturut-turut dan HIMP 2030 akan membantu mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju utama dunia dalam industri halal. -Gambar fail

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak berubah - Tengku Zafrul
Status Malaysia sebagai negara anggota CPTPP dan RCEP tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif ydilaksanakan Amerika Syarikat.

Sektor automotif Malaysia beralih kepada pertumbuhan e-mobiliti - Tengku Zafrul
Malaysia menyasarkan untuk menerajui rantau ini dalam teknologi mobiliti pintar dan cekap tenaga, dengan penekanan kepada R&D dan kerjasama global.

ASEAN perlu pelbagai kerjasama global hadapi tempoh mencabar
Tengku Zafrul berkata, prinsip ini menjadi antara teras utama Wawasan Komuniti ASEAN 2025 di bawah kepengerusian Malaysia tahun ini.

Permukiman AEM ke-31 bermula di Desaru
Dipengerusikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, permukiman itu antara acara penting di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini.

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.

BRICS: Malaysia pantau perkembangan susulan ancaman tarif Trump - Tengku Zafrul
Malaysia, sebagai rakan BRICS, akan memantau perkembangan ini dengan rapat dan menegaskan keterbukaan untuk perniagaan dan perdagangan dengan semua negara.