Ringkasan AI
- Malaysia dan Mesir mengecam serangan Israel di Gaza serta menggesa keamanan dan keselamatan dikembalikan susulan kemerosotan keadaan kemanusiaan rakyat Palestin.
- Kedua-dua negara menegaskan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan menggesa PBB mempertimbangkan permohonan Palestin menjadi anggota penuh.
- Mereka turut menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan ketenteraan Israel di Lubnan dan menggesa gencatan senjata segera bagi menghentikan bencana kemanusiaan.
PUTRAJAYA: Malaysia dan Mesir mengecam serangan rejim Israel di Gaza Israel serta menggesa keamanan dan keselamatan dikembalikan susulan kemerosotan keadaan kemanusiaan yang terus menjejaskan rakyat Palestin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua-dua negara berkongsi kebimbangan terhadap situasi di Palestin dan Gaza, khususnya keganasan berterusan yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.
Beliau berkata Malaysia turut menghargai peranan Mesir dalam memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan dari Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.
Anwar berkata kedua-dua pemimpin turut membincangkan beberapa isu antarabangsa termasuk ketegangan di Selat Hormuz yang melibatkan Iran.
"Malaysia juga mengambil pendirian tegas terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza susulan pencerobohan dan keganasan Israel.
"Saya berbesar hati kerana Mesir telah banyak membantu dalam pelbagai usaha kita menyalurkan bantuan. Walaupun sumbangan kita kecil dan tidak setanding dengan usaha yang dilaksanakan Mesir, bantuan itu dapat disalurkan melalui kerjasama dengan pihak Mesir dan pejabat Presiden sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi sempena lawatan negara selama dua hari pemimpin itu ke Malaysia pada Sabtu.
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pemimpin menegaskan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri termasuk hak menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Mereka turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempertimbangkan semula permohonan Palestin untuk menjadi anggota penuh badan dunia itu selaras dengan Resolusi Perhimpunan Agung PBB A/RES/ES-10/23 yang diterima pakai pada 10 Mei 2024.
Malaysia dan Mesir juga mengecam pelanggaran berterusan Israel terhadap undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam operasi ketenteraannya.
Kedua-dua negara turut menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan ketenteraan Israel di Lubnan, termasuk pencerobohan dan serangan udara yang mengorbankan lebih 2,000 orang awam serta menyebabkan kemusnahan besar kepada infrastruktur.
Sehubungan itu, kedua-dua pemimpin menggesa gencatan senjata dilaksanakan segera bagi menghentikan bencana kemanusiaan berkenaan, selain menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB bagi memelihara keamanan dan keselamatan di rantau itu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pendirian Malaysia dan Mesir terhadap serangan Israel di Gaza?
A: Malaysia dan Mesir mengecam serangan rejim Israel di Gaza dan menggesa keamanan serta keselamatan dikembalikan susulan kemerosotan keadaan kemanusiaan yang menjejaskan rakyat Palestin. - Q: Apakah peranan Mesir dalam penyaluran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin?
A: Mesir membantu memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan dari Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza melalui kerjasama dengan pihak Mesir dan pejabat Presiden Mesir. - Q: Apakah isu antarabangsa lain yang dibincangkan oleh pemimpin Malaysia dan Mesir?
A: Kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu ketegangan di Selat Hormuz yang melibatkan Iran. - Q: Apakah gesaan Malaysia dan Mesir kepada Majlis Keselamatan PBB berkaitan Palestin?
A: Malaysia dan Mesir menggesa Majlis Keselamatan PBB mempertimbangkan semula permohonan Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB selaras dengan Resolusi Perhimpunan Agung PBB A/RES/ES-10/23. - Q: Apakah kebimbangan Malaysia dan Mesir terhadap tindakan ketenteraan Israel di Lubnan?
A: Malaysia dan Mesir menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan ketenteraan Israel di Lubnan yang menyebabkan lebih 2,000 orang awam terkorban dan kemusnahan besar kepada infrastruktur, serta menggesa gencatan senjata segera.