KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, kejayaan itu susulan persiapan awal dilaksanakan Tabung Haji (TH) dalam pelbagai aspek.
"Dengan adanya keupayaan daripada sudut komitmen warga kerja dan sistem sedia ada, apabila permohonan visa dibuka kita yang pertama sekali uruskan dengan cepat, itu asasnya dan sudah tentu melalui perjanjian yang kita uruskan daripada awal maka ia menjadi lebih mudah.
"Jadi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada TH atas kecepatan agensi kita ini sehingga berjaya mendapatkan visa awal daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau sesi pemprosesan visa dan pasport jemaah haji di Menara Tabung Haji di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Mohd Na'im berkata, beliau turun padang untuk menyantuni dan melihat gerak kerja warga TH termasuk kakitangan sambilan yang dilantik dalam urusan pemprosesan visa.
"Alhamdulillah, saya sempat bertemu dengan mereka, memberi semangat dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana bantu TH. Mereka sangat penting kerana visa ini kalau tidak dapat, maka jemaah kita tidak boleh ke tanah suci," katanya.
Turut hadir Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Terdahulu, Na'im dalam sesi kunjungan itu turut mengedarkan pek makanan kepada petugas-petugas TH. –BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024

Pekerja Tabung Haji di Unit Pasport dan Visa sibuk melakukan kerja-kerja pemprosesan pasport dan visa jemaah Haji 1445H/2024M di Menara Tabung Haji. - Foto BERNAMA

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.