BANTING: Malaysia perlu bergerak ke arah menjadikan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama lepasan sekolah menengah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara berkata saranan itu seiring keperluan negara dalam menyediakan lebih banyak tenaga kerja mahir atau berketerampilan bagi memenuhi keperluan sektor pekerjaan pada masa akan datang.
"Saya merasakan bahawa kita perlu bergerak ke hadapan dengan mengikuti negara maju lain seperti Jepun yang TVET menjadi pilihan utama lepasan sekolah menengah berumur 15 tahun dan ke atas.
"Di Malaysia, Kementerian Pendidikan juga telah memulakan Pendidikan TVET melalui Kolej Vokasional kepada lepasan tingkatan tiga dan usaha ini perlu diperkasakan lagi agar TVET menjadi pilihan utama di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau tapak pameran bersempena dengan sambutan Hari TVET Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata tidak salah sekiranya Malaysia mencontohi apa yang dilaksanakan negara maju lain seperti Jepun kerana langkah itu mampu mempersiapkan negara dengan sumber tenaga kerja yang berketerampilan seiring perubahan teknologi serta keperluan pihak industri sama ada domestik mahupun luar negara.
Beliau berkata ketika ini terdapat lebih 4,000 kursus yang ditawarkan melalui 1,345 institusi TVET di seluruh negara dengan tawaran kemasukan sebanyak 250,000 tempat.
Katanya daripada jumlah itu, pihaknya menerima 280,000 permohonan daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berharap sekurang-kurangnya 40 peratus daripada permohonan itu dapat memulakan pengajian pada sesi kemasukan Julai ini.
"Kita harap ibu bapa boleh memainkan peranan dengan menggalakkan anak-anak mereka mengikuti pendidikan TVET yang diketahui dapat menjanjikan lebih peluang pekerjaan dengan gaji lebih tinggi," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata pelajar yang tidak hadir menduduki peperiksaan SPM 2023 juga layak mengikuti pengajian di institusi TVET dengan syarat minimum mereka perlu menguasai teknik 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Ahmad Zahid berkata ia antara usaha kerajaan dalam memastikan masa depan mereka lebih terjamin melalui kemahiran yang diperoleh menerusi pendidikan TVET.
"Malah, kita juga menggalakkan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang TVET di lima universiti TVET antaranya UniKL, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis," katanya.
Berhubung sambutan Hari TVET Negara 2024, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan program dan aktiviti yang dilaksanakan dan setakat hari ini, lebih 10,000 orang mengunjungi sambutan itu dan jumlah berkenaan dijangka terus meningkat dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.
Beliau berkata sebanyak 48 pempamer melibatkan pelbagai institusi TVET mengambil bahagian mempamerkan produk serta bidang pengajian masing-masing dan sebanyak 5,000 peluang pekerjaan turut ditawarkan sepanjang sambutan.
Sehubungan dengan itu, Ahmad Zahid menyeru lepasan TVET dan SPM untuk hadir beramai-ramai ke tapak pameran bagi melihat peluang yang boleh direbut sama ada untuk mendapatkan pekerjaan atau melanjutkan pelajaran.
Sambutan Hari TVET Negara 2024 bermula hari ini dengan majlis penutup pada esok dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri yang seterusnya akan melancarakan Dasar TVET Negara 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024

Ahmad Zahid mengadakan sesi lawatan sekitar tapak Program Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat di Banting, hari ini. - Foto Bernama

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.

Pelan Kemajuan Negeri Johor 2030 dilancar Mac ini - Exco
Kerajaan negeri akan melancarkan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 pada Mac ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid.

Kerjasama institusi pengajian tinggi dengan industri, elak ketidaksepadanan dalam pasaran kerja
Kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Malaysia dengan syarikat industri sangat diperlukan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu memenuhi keperluan dan permintaan industri.

TVET mampu atasi pengangguran belia
Permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir menjadikan graduan TVET pilihan utama majikan.

Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.

Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.

TPM arah KEMAS kemuka cadangan tambah baik skim perjawatan kepada JPA
KEMAS diarah untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan skim perjawatan kakitangan KEMAS kepada JPA sebagai penyelesian kepada 9,719 kakitangan KEMAS yang masih berstatus kontrak.