PUTRAJAYA: Negara memerlukan lebih ramai influencer (pempengaruh) media sosial dalam pelbagai bidang yang dapat memberi nilai tambah kepada masyarakat, demikian pandangan Usahawan Digital Khairul Amin Kamarulzaman.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Khairulaming di platform media sosial, berkata lebih banyak influencer dalam bidang seperti pendidikan, inovasi dan teknologi diperlukan bagi membentuk generasi muda negara yang berkualiti.
"Orang sering salah faham, tidak perlu pendidikan untuk jadi famous (terkenal), memang betul sebab apa-apa awak buat yang orang suka atau tak, boleh jadi famous, tapi apa yang berbeza di sini ialah, macam mana value (nilai) yang awak bagi pada peminat awak.
"Kita perlukan lebih banyak influencer dalam pelbagai bidang bukan setakat hiburan tetapi juga pendidikan, dan yang boleh jadi peneraju dunia macam perniagaan yang melibatkan inovasi. Kita boleh perlahan-lahan tambah baik generasi influencer di Malaysia," katanya kepada media selepas menjadi tetamu program SKILLBOX@Kelab Malaysiaku Siri 2/2021 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.
Khairul Amin, yang mempunyai 6.7 juta pengikut di pelbagai platform di media sosial, berkata pihak berwajib seperti kerajaan juga boleh menyediakan garis panduan kepada mereka yang beminat untuk menjadikan bidang influencer ini sebagai kerjaya.
"Influencer ni bukan kerjaya yang formal, seperti kejuruteraan ada kursusnya, tetapi influencer ini benda yang dibina sendiiri.
"Kita dah berada di zaman yang tak boleh nak halang budak-budak daripada media sosial kerana ia sudah sebati dalam diri mereka, jadi daripada kita halang dan beri tekanan, lebih baik kita tunjuk ajar macam mana mereka boleh berjaya dalam bidang ni.
Dalam pada itu, Khairul Amin berkata para pelajar digalakkan untuk meneroka kemahiran-kemahiran yang tidak dipelajari dalam kelas formal seperti coding, editing, story telling dan sebagainya bagi mempersiapkan diri dalam suasana persaingan yang sengit ketika ini,
"Yang saya tekankan pada adik-adik yang di sekolah ini, daripada awal fokus pada pelajaran tapi pada masa sama pelajari kemahiran untuk membuat duit suatu hari nanti, sebagai contoh buat coding untuk software, ini kemahiran yang sangat berharga," katanya.
Sementara itu, seorang lagi tetamu jemputan yang juga Pengacara DidikTV, penyanyi dan pelakon Wani Kayrie, 21, berkata bagi mengelak diselubungi perasaan rendah motivasi dan tekanan semasa pandemik yang berpanjangan ini, pelajar digalakkan agar sentiasa mengubah tempat mereka belajar di samping terlibat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
"Duduk sahaja depan komputer riba semasa PdPR, memang stress, jadi kita ubahlah tempat belajar seperti di luar rumah.
"Semasa PdPR kalau kita hanya mendengar cikgu mengajar, memang akan bosan, jadi dengan bertanya soalan semasa kelas secara maya tu kita akan lebih aktif," katanya.
Dalam program SKILLBOX@Kelab Malaysiaku Siri 2/2021, seramai 1,623 pelajar sekolah menengah daripada 706 sekolah di seluruh negara menyertai program ini dan antara pengisiannya ialah pop kuiz dan sesi soal jawab bersama tetamu jemputan.
Kali ini, tema pembangunan kerjaya dipilih bertujuan memberi gambaran atau pendedahan awal kepada para pelajar berkaitan pemilihan karier pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021
![Malaysia perlukan lebih ramai 'influencer' dalam pelbagai bidang - Khairulaming Malaysia perlukan lebih ramai 'influencer' dalam pelbagai bidang - Khairulaming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634384012_TBKAMENGjpg.jpg)
Khairul Amin berkata pihak berwajib seperti kerajaan juga boleh menyediakan garis panduan kepada mereka yang beminat untuk menjadikan bidang influencer ini sebagai kerjaya. - Foto Instagram/@khairulaming
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739945582_jururawatmaut.jpg)
Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.
![Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739943723_tbAmirudinShari.jpg)
Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.
![Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940327_TBKillerWhales.jpg)
Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.
![Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739940618_mayat.jpg)
Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.
![Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739942591_StevenSimCheeKeon.jpg)
Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.
![Menteri Itali letak jawatan susulan kontroversi hubungan dengan 'influencer' Menteri Itali letak jawatan susulan kontroversi hubungan dengan 'influencer'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725687169_tbmariarosaria.jpg)
Menteri Itali letak jawatan susulan kontroversi hubungan dengan 'influencer'
Menteri Kebudayaan Itali Gennaro Sangiuliano meletak jawatan susulan dakwaan bahawa beliau melantik kekasihnya sebagai penasihat kerajaan.
![Lima pempengaruh didakwa promosi judi dalam talian Lima pempengaruh didakwa promosi judi dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720604158_courtgavelmahkam.jpg)
Lima pempengaruh didakwa promosi judi dalam talian
Lima pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu atas satu pertuduhan mempromosikan judi dalam talian di laman sosial, pada Jun lalu.
![Dakwaan 'influencer' seleweng derma: Polis minta buat laporan Dakwaan 'influencer' seleweng derma: Polis minta buat laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720426820_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Dakwaan 'influencer' seleweng derma: Polis minta buat laporan
Polis menggesa orang ramai tampil membuat laporan mengenai dakwaan yang tular media sosial membabitkan seorang pempengaruh yang dikatakan menyeleweng dan pecah amanah wang derma.
![Pempengaruh buat ulasan surau awam, mudahkan orang beribadah Pempengaruh buat ulasan surau awam, mudahkan orang beribadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719831520_TBreviusurau.jpg)
Pempengaruh buat ulasan surau awam, mudahkan orang beribadah
Rusydi Sayuti Rosli terus bersemangat meluangkan masa serta tenaga untuk tampil memberikan maklumat menerusi akaun TikToknya.
![PDRM sahkan 27 'influencer' ditahan promosi judi 'online' PDRM sahkan 27 'influencer' ditahan promosi judi 'online'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706531549_Shuhaily.jpg)
PDRM sahkan 27 'influencer' ditahan promosi judi 'online'
Polis menahan 27 influencer atau pempengaruh pelbagai kaum kerana dipercayai bersekongkol dengan sindiket perjudian untuk mempromosikan kegiatan judi dalam talian di media sosial mereka, pada Khamis.
!['Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN 'Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700883541_TBInfluencer.jpg)
'Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN
LHDN telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.
![Guru jadikan murid 'content' media sosial bakal berdepan tindakan - Fadhlina Guru jadikan murid 'content' media sosial bakal berdepan tindakan - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694173239_tbFadhlinaSidek.jpg)
Guru jadikan murid 'content' media sosial bakal berdepan tindakan - Fadhlina
Guru yang menjadikan pelajar sebagai kandungan media sosial bakal berdepan dengan tindakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
![Sempat ketuk tingkap minta tolong, pempengaruh mati jatuh dari tingkat 68 Sempat ketuk tingkap minta tolong, pempengaruh mati jatuh dari tingkat 68](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71690964091_TBInfluencerjatuh.jpg)
Sempat ketuk tingkap minta tolong, pempengaruh mati jatuh dari tingkat 68
Influencer yang terkenal dengan aktiviti ekstrem termasuk memanjat bangunan-bangunan tinggi dilaporkan meninggal dunia kerana terjatuh daripada sebuah bangunan.
![Hala tuju selepas SPM, sambung belajar atau jadi pempengaruh? Hala tuju selepas SPM, sambung belajar atau jadi pempengaruh?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686644111_SPMPPPM.jpg)
Hala tuju selepas SPM, sambung belajar atau jadi pempengaruh?
Jumlah individu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berminat untuk menyambut pengajian dilaporkan semakin meningkat saban tahun.
![Influencer Korea ditemui meninggal dunia dalam kolam, berbalut selimut Influencer Korea ditemui meninggal dunia dalam kolam, berbalut selimut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686587892_InfluencerKoreama.jpg)
Influencer Korea ditemui meninggal dunia dalam kolam, berbalut selimut
Seorang influencer atau pempengaruh asal Korea Selatan dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa bunuh sepasang pengamal perubatan dan pemilik sebuah hospital tempatan di Kemboja.