RIYADH: Malaysia menyedari dan menjangka akan ada tindak balas dari beberapa negara Barat berhubung kelantangannya dalam menyuarakan isu Palestin, namun ia akan terus memperjuangkan nasib penduduk Palestin di peringkat antarabangsa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tiada pilihan berhubung perkara itu kerana isu Palestin melibatkan soal kemanusiaan kerana penduduknya terus sengsara akibat penindasan dan kezaliman rejim Zionis Israel.
"Ya...(saya tahu) banyak risiko. Saya tidak ada pilihan (berhubung perkara ini kerana) adanya pembunuhan melibatkan nyawa anak kecil dan wanita.
"Namun, saya tidak bimbang (mengenai tindak balas itu) kerana adanya pendapat sama dari semua negara (ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC). Ada konsensus tentang soal kemanusiaan di Gaza," katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatan beliau ke Arab Saudi pada Sabtu.
Anwar memberitahu selain membawa konflik Palestin dan Israel di pentas Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-GCC, beliau turut membincangkan perkara itu secara peribadi dengan pemimpin beberapa negara ASEAN, Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, Raja Bahrain Hamad bin Isa, Presiden Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan serta Presiden Mesir Abdel Fatah El-Sisi.
"Kita tidak mahu bersendirian...Putrajaya sudah pun nyatakan pendirian. Saya percaya semua negara perlu sepakat untuk cari penyelesaian berhubung nasib penduduk Palestin," katanya apabila ditanya sama ada Malaysia akan menghadapkan Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa bagi kezaliman yang dilakukannya ke atas Palestin.
Perdana Menteri berkata desakan untuk menghentikan kezaliman Israel perlu dilaksanakan berikutan keadaan semasa yang berlaku di Gaza dan beliau tidak boleh mengetepikan tanggungjawabnya sebagai umat Islam berhubung isu itu.
Menurutnya tekanan perlu terus dibuat kerana keengganan beberapa negara Eropah menyuarakan bantahan supaya keganasan berterusan di Gaza perlu dihentikan.
"Jika tidak dihentikan, tempiasnya akan beri kesan parah dari segi keselamatan serantau. Kita perlu mendorong penglibatan negara lain.
"Kebimbangan kita adalah faktor kemanusiaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh masyarakat di Palestin Gaza... (ini cubaan untuk) melumpuhkan seluruh kehidupan di situ.
"Ini boleh mengundang sikap fanatik dan pengganas. Kalau ditekan sebegitu rupa sampai tidak bernyawa, pilihan yang mereka ada ialah berjuang atau mati dan mereka memilih untuk terus berjuang," kata beliau.
Anwar berkata beliau akan terus lantang bersuara mengenai isu Palestin atas nama kemanusiaan dan keamanan bersama dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2023

Anwar menjawab pertanyaan semasa sidang media sempena lawatan kerjanya ke Riyadh,21 Okt 2023. --fotoBERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.