KUALA LUMPUR:Malaysia hari ini sah menyertai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) bersama 14 negara lain termasuk sembilan negara ASEAN.
Dalam satu majlis menandatangani persefahaman itu di sebuah hotel di ibu negara, Malaysia diwakili Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sambil disaksikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Susulan kekangan pergerakan akibat COVID-19, majlis itu telah diadakan melalui sidang telekonferens, yang mana Menteri-menteri berkaitan turut menandatangani dokumen berkenaan sambil disaksikan Ketua Negara masing-masing.
Mohamed Azmin, dalam siaran media susulan berkata, majlis menandatangani perjanjian tersebut adalah kemuncak kepada rundingan yang sukar dan mencabar selama 8 tahun yang melibatkan 31 pusingan rundingan, 8 Mesyuarat Menteri dan 4 Sidang Kemuncak.
“Tidak dinafikan, ia merupakan penanda aras yang penting dalam penyatuan dan pemacu pertumbuhan ekonomi diantara 15 anggota perjanjian ini.
“Ianya juga akan menjadi bukti pengukuhan sistem perdagangan pelbagai hala disamping usaha untuk memperkasakan agenda pembangunan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),” katanya lagi.
Menurut Azmin lagi, RCEP menggabungkan dan menyeragamkan FTA ASEAN+1 yang sedia ada iaitu melibatkan Jepun, Korea, China, Australia dan New Zealand, ke dalam satu perjanjian yang inklusif dan komprehensif dan bakal meningkatkan lagi perdagangan dan pelaburan antara negara-negara peserta dan serantau.
Di samping itu, ia dapat memperkuatkan 3 rantaian nilai serantau, dan juga memudahkan ketelusan, perkongsian maklumat dan penyelarasan peraturan dan standard teknikal.
Beliau berkata, RCEP merupakan perjanjian terbesar yang pernah ditandatangani Malaysia, melibatkan hampir sepertiga penduduk dunia (29.7%) dengan anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak USD24.8 bilion atau 28.9 peratus daripada keseluruhan dunia.
“Melihatkan kepada tahap pembangunan ekonomi yang berbeza diantara 2 semua anggota, RCEP bakal menyumbang kepada kelestarian Malaysia sebagai hab perdagangan dan destinasi pelaburan pilihan.
“Manfaat bagi peniaga-peniaga di Malaysia termasuklah penghapusan dan pengurangan tarif untuk barang-barang dagangan, termasuk memudahcara eksport dan import barangan di antara negara-negara RCEP,” katanya lagi.
Disamping itu Mohamed Azmin berkata, RCEP akan mempertingkat, memudahcara dan melindungi persekitaran pelaburan negara-negara peserta di rantau ini, merangkumi perkongsian maklumat dan mempertingkatkan langkah-langkah ketelusan untuk memudahkan perniagaan dan pelaburan dalam kawasan RCEP.
“RCEP mencerminkan komitmen kuat Malaysia dalam persefahaman perdagangan antarabangsa, hubungan perangkaian, sistem perdagangan pelbagai hala yang berlandaskan peraturan serta meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan bebas,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Nov 15 2020

Mohamed Azmin menandatangani perjanjian disaksikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.