KUALA LUMPUR: Malaysia menyokong penuh sebarang usaha untuk menghentikan konflik dan peperangan di Palestin yang telah berlanjutan sejak tujuh dekad lalu termasuk melalui penyelesaian dua negara.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia berpendirian teguh bahawa tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan pembunuhan terhadap rakyat Gaza dihentikan segera.
"Kita amat gembira kerana selalunya usul yang dibuat oleh Amerika Syarikat (mengenai cadangan tiga fasa), yang lain tak akan menyokong tetapi kali ini 14 menyokong termasuk bukan anggota tetap dan satu berkecuali (Rusia).
"Sekarang ini cara mana untuk kita pastikan bahawa kekejaman pembunuhan rakyat Palestin ini dihentikan dan atas platform apa termasuk, kita menyokong penuh usul yang telah dilakukan termasuk bermula oleh Perjanjian Oslo 1993 (yang ditandatangani di Washington) dan di Taba, Mesir.
"Kita akan terus menyokong apa juga usaha termasuk menyelesaikan konflik dan masalah di Palestin ini melalui penyelesaian dua negara," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau menjawab pertanyaan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) yang minta menyatakan sejauh mana hasrat kerajaan untuk menyemak semula dasar 'two state solutions' atau penyelesaian dua negara bagi mempertahankan kedaulatan rakyat Palestin di Gaza.
Menjawab soalan tambahan Abdul Hadi mengenai tindakan alternatif yang perlu diambil oleh Malaysia dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Mohamad (BN-Rembau) berkata AS perlu memastikan cadangan tiga fasa untuk menamatkan perang di Gaza, termasuk gencatan senjata dan pembebasan tebusan dipatuhi oleh sekutu mereka, Israel.
Jelas Mohamad, beliau yang mewakili Malaysia turut mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken di Amman mengenai resolusi cadangan tiga fasal AS yang diterima pakai oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Kita nak supaya usul daripada AS diterima dan mereka memastikan usul yang diterima Majlis Keselamatan PBB ini dilaksanakan kerana seperti Marang (Abdul Hadi) katakan tadi, sama ada Israel terima atau tak, itu terpulang kepada AS kerana mereka bersekutu.
"Sekutu mereka lah yang sepatutnya memastikan rejim zionis Israel memenuhi dan mematuhi resolusi yang telah dibuat oleh Majlis Keselamatan PBB," tambah Mohamad.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, menerima pakai resolusi yang menyokong rancangan gencatan senjata bagi menamatkan perang selama lebih lapan bulan di Gaza.
Pada 11 Jun Resolusi yang diketuai AS disokong oleh 14 daripada 15 negara anggota dengan Rusia mengambil pendirian berkecuali.
Ia adalah kali ke-11 majlis berkenaan mengundi draf resolusi berkaitan perang di Gaza.
Resolusi 2735, mengalu-alukan cadangan gencatan senjata tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden AS, Joe Biden pada 31 Mei lalu.
Hasimi Muhamad
Mon Jun 24 2024
Malaysia menyokong penuh sebarang usaha untuk menghentikan konflik dan peperangan di Palestin yang telah berlanjutan sejak tujuh dekad lalu termasuk melalui penyelesaian dua negara, kata Mohamad. - Gambar fail Bernama
Pusingan kerja kaunter mampu elak isu integriti - Saifuddin
Pelaksanaan pusingan kerja penjawat awam yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan melebihi lima tahun mampu menangani masalah integriti.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau mengalu-alukan hasrat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mahu memperbaiki kualiti sistem penyampaian.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau mengalu-alukan hasrat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mahu memperbaiki kualiti sistem penyampaian.
Penjawat awam ‘kantoi’ buat tuntutan palsu saudara baharu
Seorang penjawat awam yang bertugas di sebuah agensi agama di Perlis, ditahan SPRM Perlis bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan jumlah RM132,000.
Kementerian Komunikasi perkenal 'ChatBox' untuk semak kesahihan sebaran
Aplikasi 'ChatBox' dalam WhatsApp akan bantu pengguna menyemak kesahihan teks, video, dan muat turun dengan pantas.
Pelancaran dijangka dalam masa terdekat.
Pelancaran dijangka dalam masa terdekat.
Perkongsian perisikan untuk keamanan, keselamatan ASEAN penting - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri menekankan mengenai kepentingan perkongsian perisikan silang antara rakan serantau bagi mewujudkan zon penampan selamat di rantau ASEAN.
32 individu cedera dalam kejadian letupan kilang kimia di Klang
Individu yang tercedera berusia di antara 20 dan 40 tahun, dan berada di sekitar lokasi terbabit semasa letupan berlaku.
Dua rentung rumah terbakar
Seorang lelaki warga emas bersama anak angkatnya ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Tongkang Yard,Alor Setar.
[TERKINI] Tiada lagi tol percuma musim perayaan
Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini, termasuk Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.
Jepun zahir hasrat bertemu pentadbiran Trump, perkukuh hubungan dua hala
Yoshiasa Hayashi berharap dapat bekerjasama dengan pentadbiran Trump untuk mengukuhkan hubungan dua hala di antara Jepun dan AS.
Musk janji atasi isu IT kerajaan AS, akui lebih sukar daripada melancarkan roket ke orbit
Elon Musk berjanji pada Sabtu untuk membantu pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) memperbaiki sistem teknologi maklumat (IT) kerajaan.
AS mulakan 'langkah luar biasa' elak kegagalan bayar hutang pada 21 Jan - Setiausaha Perbendaharaan
Jabatan Perbendaharaan AS akan mula mengambil langkah luar biasa pada 21 Jan bagi mengelakkan negara ini gagal memenuhi komitmen hutangnya.
Kempen pengusiran migran Trump bermula Selasa dengan serbuan di Chicago - Laporan
Pasukan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang di bawah pimpinan Donald Trump merancang untuk memulakan serbuan besar-besaran terhadap migran tanpa dokumen di Chicago minggu depan.
Di UK, PM Anwar ulangi Malaysia amal pendekatan terbuka dengan AS, China
Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan terbuka dan pragmatik dalam menjalin hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.
AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.