CYBERJAYA: Malaysia Tech Month 2021 (MTM21) anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang berlangsung secara maya pada 29 Julai hingga 30 Ogos ini menampilkan 40 acara dengan lebih 300 tetamu jemputan, pelabur tempatan dan antarabangsa.
Program yang sejajar dengan Strategi Pelaburan Future 5 MDEC (DIF5) itu akan mempromosikan pelaburan dalam ekonomi digital dan mengukuhkan negara sebagai Nadi Digital ASEAN menerusi empat tema mingguan, iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, landskap yang berubah dengan pantas kini memerlukan teknologi untuk mengemudi suasana tidak menentu termasuk sosioekonomi, gangguan radikal, perniagaan dan kehidupan.
“Sementara kita bergerak ke hadapan dalam ekonomi digital, diharapkan kita sentiasa fokus dalam matlamat utama kita, iaitu meningkatkan kualiti hidup rakyat.
"Kami sedar dan prihatin mengenai permasalahan ini dan akan terus berusaha keras untuk memastikan teknologi dapat dimanfaatkan oleh rakyat dan memberi peluang sama rata kepada semua.
“Kami bina tapak asas, kami menghubungkan rakyat, kami memudahcarakan serta kami menjayakannya. Ini dapat dilihat menerusi kejayaan pelancaran edisi kedua Malaysia Tech Month, tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, program tersebut juga akan menampilkan pakar inovasi teknologi dan perintis industri yang akan berkongsi pendapat serta pengalaman menerusi pelbagai sidang ucap tama, bengkel, sesi panel dan padanan perniagaan.
"Dengan menerajui perbincangan bersama sektor industri utama seperti teknologi kewangan dan ekonomi digital Islam serta meningkatkan kerjasama antara pemain-pemain serantau dan global menerusi padanan perniagaan dan pemudahcara pelaburan, MTM21 akan membawa kita ke hadapan untuk mencapai matlamat DIF5.
“Ini juga menjadi pemangkin dalam usaha kita merealisasikan visi Malaysia 5.0 sebagai sebuah negara yang terangkum dengan teknologi dan menyemai peluang sama rata kepada rakyat dan perniagaan," kata Pengerusi MDEC, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, para pelabur akan disediakan platform yang tepat demi mencari peluang perniagaan, akses pasaran, bakat tenaga kerja digital dan kerjasama inovasi.
“Ini juga merupakan satu medan tepat kepada kami untuk menunjukkan kekuatan Malaysia di peringkat serantau dan global mengenai keupayaan Malaysia sebagai hab pelaburan digital pilihan utama, sepertimana yang dinyatakan dalam strategi DIF5.
"Dengan MTM21, kami akan memastikan acara ini mendemokrasikan perkongsian kandungan, pengetahuan dan idea kepada rakyat tanpa mengira latar belakang. Diharapkan dengan kebersamaan ini, kita mampu membina ekosistem yang berkembang maju untuk menyokong Rangka Tindakan Ekonomi Digital (MyDIGITAL) dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara yang bermatlamat menjadikan Malaysia, sebuah negara berteknologi tinggi menjelang 2030,” katanya.
Antara tetamu jemputan yang mendapat perhatian ialah Ahli Fizik Teori, Profesor Dr Michio Kaku; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes; Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome, Eric Cheng serta ramai lagi.
Untuk maklumat mengenai MTM21, orang ramai boleh melayari mdec.my/mtm2021.
Ehsan A Marisah
Sat Jul 31 2021

MTM21 adalah sejajar dengan Strategi Pelaburan Future 5 MDEC (DIF5) yang mempromosikan pelaburan dalam ekonomi digital dan mengukuhkan negara sebagai Nadi Digital ASEAN. - Foto MDEC

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Utusan Khas ASEAN bincang krisis Myanmar dengan Setiausaha Agung
Mereka membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara, termasuk usaha meningkatkan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.