Malaysia menandatangani surat cara untuk menerima Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Wisma Putra dalam kenyataan pada Isnin, berkata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC itu hari ini (4 Mac) dan surat berkenaan diserahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari sama.
ICC ditubuhkan pada 2002, dan ditadbir mengikut Statut Rom.
ICC adalah mahkamah jenayah antarabangsa yang pertama berasaskan perjanjian, bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius yang membimbangkan masyarakat antarabangsa melibatkan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang serta jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.
"Penerimaan Malaysia kepada Statut Rom itu mencerminkan komitmennya dalam memerangi jenayah antarabangsa untuk keamanan dan keselamatan global," kata Wisma Putra.
Wisma Putra berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 15 Feb (2019) dimaklumkan oleh Saifuddin mengenai keputusan Kabinet untuk menerima Statut Rom ICC.
Menurut kenyataan itu juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini menulis surat kepada pemangku Yang di-Pertuan Agong pada 26 Dis (2018), memaklumkan keputusan Kabinet mengenai perkara tersebut.
Wisma Putra berkata sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab, Malaysia tegas dengan pendirian terhadap kedaulatan undang-undang dan mengakui peranan pelengkap ICC terhadap undang-undang domestik sedia ada.
"Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam menegakkan prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan dan akauntabiliti," tegas kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2019

ICC ditubuhkan pada 2002, dan ditadbir mengikut Statut Rom.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Fokus timba ilmu, henti bergaduh perkara remeh - PM Anwar
Kata Anwar, dunia kini menumpukan pada usaha mengangkat ekonomi, kemudahan teknologi baharu bagi mendepani masa depan yang mencabar.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.