Malaysia dan Thailand tidak akan meneruskan operasi 24 jam di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand berikutan jumlah pergerakan kenderaan berat dan bermuatan yang sangat rendah.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan pada Selasa berkata, bermula Rabu, waktu pengoperasian di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam bagi laluan kenderaan berat kembali ke waktu operasi asal iaitu dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Katanya, ini berikutan hasil kajian Jawatankuasa Penilai Keberkesanan Operasi 24 jam di dua kompleks itu, mendapati jumlah pergerakan kenderaan berat dan bermuatan kurang daripada satu peratus jumlah pergerakan kenderaan berat dan bermuatan, sepanjang waktu pelanjutan tempoh operasi dari 12.01 tengah malam hingga 5.59 pagi.
“Ia dilihat tidak memberi kesan atau impak signifikasi dalam meningkatkan perdagangan dua hala dan merancakkan pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya termasuk untuk menjayakan usaha ke arah mewujudkan hab logistik bersepadu,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, bagi tujuan penyelarasan masa operasi di kedua-dua belah pihak, kerajaan menamatkan pelaksanaan tempoh percubaan pengoperasian 24 jam bagi kenderaan berat dan bermuatan di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam pada Selasa.
“Kerajaan Malaysia dan Thailand melalui Mesyuarat Dua Hala Malaysia-Thailand Kedua berhubung Pelaksanaan Operasi 24 Jam di ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao yang diadakan pada 10 Jan 2019 bersetuju agar pelaksanaan operasi 24 jam di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao dilaksanakan secara tempoh percubaan selama tiga bulan, khusus untuk kenderaan berat dan bermuatan bermula 18 Jun 2019 sehingga 17 Sept 2019.
“Pada akhir tempoh tersebut, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh percubaan untuk sembilan bulan lagi, menjadikan keseluruhan tempoh percubaan dilaksanakan selama 12 bulan dan akan tamat pada 17 Jun 2020,” menurut kenyataan itu.
Menurut KDN, sebarang cadangan pembukaan semula atau pemberian kelonggaran terhadap operasi pintu masuk negara akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa tanpa mengabaikan aspek kawalan sempadan dan hasrat penjanaan semula ekonomi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 16 2020

Keadaan di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Pejabat Kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam kelihatan lengang selepas PKP dikuatkuasakan mulai 18 Mac lalu. --fotoBERNAMA/Fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPDN Kedah serbu premis pemborong diesel di Bukit Kayu Hitam
Serbuan dilakukan tujuh anggota penguat kuasa kira-kira 12 tengah hari selepas risikan dijalankan selama dua minggu.

Polis tahan lima individu, rampas dua kenderaan ada lambang GISB di sempadan Bukit Kayu Hitam
Difahamkan, seorang daripada lima individu yang ditahan itu merupakan anak kepada pemimpin utama syarikat terbabit.

Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.

Kehadiran kenderaan asing di stesen minyak di sempadan negara berkurang
Kehadiran kenderaan asing mengisi diesel di stesen minyak berhampiran pintu sempadan negara di Bukit Kayu Hitam dilihat berkurang dengan ketara sejak penyasaran semula subsidi.

Kastam Kedah arah kontena Israel berpatah balik ke Thailand
Jabatan Kastam Negeri Kedah mengarahkan sebuah lori kontena Israel yang tiba di Bukit Kayu Hitam pada Khamis untuk berpatah balik ke Thailand.

Sindiket seludup diesel akibatkan ketirisan RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam
Kenderaan sindiket ini yang membawa diesel disembunyikan di dalam tangki tambahan, dikesan berulang alik kira-kira lima kali sehari ke Thailand.

Kes tembakan KLIA: JIM Kedah bantu kesan suspek, kawalan ICQS dipertingkat
Jabatan Imigresen Kedah mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan lelaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA.

Maqis Kedah rampas lebih 27,000 kilogram ayam sejuk beku
Maqis merampas 27,564 kilogram keratan ayam sejuk beku di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam.

KPDN rampas 13,300 liter diesel bersubsidi di Kedah
KPDN merampas 13,300 liter minyak diesel bersubsidi dalam dua serbuan Ops Tiris 3.0 di Changlun dan Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Jalan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-Sadao direalisasi dalam masa terdekat
Inisiatif jalan baharu yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ke ICQS Sadao, Thailand dekat sini dijangka direalisasikan dalam masa terdekat.