KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan berhenti melakukan libat urus dan berusaha mempengaruhi negara-negara lain dalam menyokong perjuangan Palestin dan mengutuk dengan keras kekejaman rejim Zionis, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata Malaysia perlu meneruskan usaha mempengaruhi bukan sahaja dengan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) malah Kumpulan 77 Negara (G77) dan Negara-Negara Berkecuali (NAM) untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.
"Libat urus itu perlu kita teruskan dan kita jangan putus asa kerana kita tahu bahawa antara tempat yang mempunyai kuasa mempengaruhi (adalah) seperti Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan juga negara Amerika Latin.
Kita mulai melihat pelbagai negara, misalnya satu per satu negara di Amerika Latin mulai menyatakan pendirian mereka menentang rejim Israel yang melakukan penganiayaan berterusan terhadap rakyat di Gaza," kata beliau ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Zambry berkata dalam pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte di Putrajaya hari ini, Malaysia telah menyatakan dengan tegas pendiriannya dalam isu Palestin dan Belanda turut menghormati pendirian itu.
"Beliau (Rutte) mendengar penjelasan dari Malaysia, beliau juga menyatakan pendirian bahawa dengan perkembangan terkini yang menimpa Gaza sejak seminggu dua ini, kecenderungan Barat mulai berubah apabila dua per tiga rakyat Belanda yang menyokong tindakan Israel sebelum ini telah bertukar menyokong Palestin," katanya.
Zambry berkata di peringkat rakyat serta badan bukan kerajaan (NGO) turut memainkan peranan penting untuk menyebar luas libat urus ini termasuk mereka yang berada di negara-negara luar.
Mengulas tindakan Kerajaan Amerika Syarikat yang menghantar tiga demarche (tatatindak) kepada Malaysia agar tidak meneruskan pendirian terutama keengganan negara untuk menganggap Hamas sebagai badan pengganas, Zambry berkata negara mengambil pelbagai pendekatan untuk menyatakan dengan tegas pendirian Malaysia dalam isu itu.
"Ada yang kata kita perlu hantar nota protes atau panggil duta negara-negara terlibat...kita guna semua pendekatan itu untuk sampaikan balik pandangan dan pendirian kita.
Kedudukan prinsip Malaysia sangat jelas dalam konteks perjuangan Palestin, ini bukan perkara baharu tapi sejak dulu lagi dan ini perlu ditegaskan apabila kita berinteraksi dengan mereka," katanya.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023

Zambry berkata, Malaysia perlu teruskan usaha mempengaruhi bukan sahaja dengan negara-negara OIC, malah G77 dan NAM. - Gambar fail

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.