Malaysia akan cuba menghalang tindakan India yang meminta Jawatankuasa Bertindak Tindakan Kewangan (FATF) untuk meletakkan Pakistan dalam senarai hitam badan itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, adalah tidak adil untuk terus menekan Pakistan atas dakwaan yang tidak kukuh, memandangkan negara itu telahpun mengambil beberapa langkah tertentu dalam mencegah aktiviti pembiayaan oleh kumpulan keganasan, walaupun pada pandangan Dr Mahathir, ia boleh dilipatgandakan lagi.
“Saya dapati bahawa Pakistan telah mengambil banyak tindakan, tetapi mungkin ada lagi boleh di lakukan Pakistan. Kita tidak bertindak berasas permusuhan, dan sebagainya. Kita bertindak mengikut rule of law.
“Kalau undang-undang itu tidak membukti kesalahan, kita tidak ambil tindakan semata-mata kerana kita bermusuh dengan sesetengah pihak,” katanya ketika ditemui media Malaysia di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London, di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata, beliau telah dihubungi secara peribadi oleh Perdana Menteri Pakistan Imran Khan berhubung perkara itu, dan beliau memberi jaminan Malaysia akan cuba menghalang tindakan India itu, selagi mana dakwaan berhubung pembiayaan aktiviti keganasan tidak dibuktikan mengikut undang-undang yang betul.
Terdahulu, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah memberitahu media Malaysia bahawa sekurang-kurangnya tiga negara perlu membantah sebarang panggilan untuk meletak sesuatu negara dalam senarai hitam FATF.
Dalam hal ini, Saifuddin berkata, Malaysia akan menyertai dua lagi negara iaitu China dan Turkey dalam usaha menghalang Pakistan dari disenaraihitamkan agensi itu.
Dr Mahathir memulakan lawatan kerja beliau ke London selama tiga hari bermula hari ini, dan beliau turut dijadualkan memberi syarahan di Cambridge Union pada 16 Jun.
Firdaus Azil
Sat Jun 15 2019

Dr Mahathir memulakan lawatan kerja beliau ke London selama tiga hari bermula hari ini, dan beliau turut dijadualkan memberi syarahan di Cambridge Union pada 16 Jun. - Bernama

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Penyertaan Indonesia dalam FATF tingkatkan imej positif dalam sistem kewangan, kata Jokowi
Indonesia diterima sebulat suara sebagai ahli tetap ke-40 FATF hasil kejayaan rundingan di Paris, Perancis, pada akhir Oktober.

Malaysia tidak setuju tindakan India terus menekan Pakistan - Tun Mahathir
Malaysia akan menyertai dua lagi negara iaitu China dan Turkey dalam usaha menghalang Pakistan dari disenaraihitamkan agensi itu.