PUTRAJAYA: Malaysia dan United Kingdom (UK) bersama melancarkan buku panduan bertajuk "Smart City Handbook: Malaysia" bagi memupuk kolaborasi dan kerjasama dalam aspek pembangunan bandar raya pintar antara dua negara.
Buku panduan itu menggariskan beberapa aspek landskap bandar raya pintar di seluruh Malaysia di samping menampilkan contoh kepakaran serta projek-projek bandar raya pintar UK.
Bercakap di majlis pelancaran pada Selasa, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata buku panduan itu juga menyenaraikan cadangan-cadangan mengenai bagaimana cara dan di mana syarikat-syarikat UK boleh membantu Malaysia dalam menguruskan serta menyelesaikan pelbagai isu dalam membangunkan bandar raya pintar dan lestari.
Turut mengikuti majlis pelancaran yang diadakan secara maya itu ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Charles Hay.
Dalam ucapan pembukaannya Zuraida berkata kerajaan Malaysia komited untuk mengubah bandar raya di Malaysia menjadi bandar raya pintar dan lestari, yang merupakan agenda nasional yang utama.
Beliau berkata Kerangka Kerja Bandar Raya Pintar Malaysia yang dilancarkan pada Sept 2019, bertindak sebagai garis panduan dan rujukan nasional, terutama bagi bandar raya dan pihak berkuasa tempatan serta lain-lain pemegang taruh yang berkaitan dalam membangunkan serta melaksanakan inisiatif bandar raya pintar.
Katanya bandar raya seperti Kuala Lumpur, Johor, Putrajaya, George Town dan Kota Kinabalu telah melaksanakan pelbagai inisiatif bandar raya pintar, dan beberapa inisiatif itu dilaksanakan menerusi kerjasama dengan negara luar seperti UK serta pertubuhan antarabangsa seperti The United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat) dan Mott MacDonald sebagai rakan penyampai.
Zuraida berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkuasa tempatan yang berkaitan dan akan menjadi fasilitator kepada pelaksanaan bandar raya pintar, di samping menyampaikan maklumat berhubung peluang-peluang yang terdapat dalam negara untuk pembangunannya.
"Dalam perkara ini, KPKT ingin mencari rakan kerjasama strategik serta peluang-peluang pelaburan bagi membantu dalam pembiayaan bandar raya pintar," katanya.
Sementara itu Hay berkata Malaysia dan UK memiliki hubungan kerjasama dua hala yang lama serta akrab, dan pelancaran buku panduan hari ini adalah contoh terbaik dalam kerjasama moden, yang ditingkatkan bagi menggambarkan usaha menghadapi cabaran-cabaran baharu, terutama dalam mengguna pakai teknologi-teknologi baharu.
"Urbanisasi sedang berlaku dengan pantas di serata dunia, kita memiliki pengalaman luas untuk dikongsi terutama dalam bidang kreatif seperti inovasi, teknologi digital, Internet of Things (IoT) dan kecerdasan buatan," katanya.
Beliau berkata UK sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa pembangunan di Iskandar Malaysia dan Melaka di bawah program 'Prosperity Fund Global Future Cities Programme 2019 - 2022' UK.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021

Buku panduan itu menggariskan beberapa aspek landskap bandar raya pintar di seluruh Malaysia di samping menampilkan contoh kepakaran serta projek-projek bandar raya pintar UK. -Facebook

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Masih banyak PKS Malaysia kurang kesedaran digital
Selain tunjang ekonomi negara, PKS perlu menjadi pemain utama dalam ekonomi digital Malaysia.

Tongkat pintar umpama 'Waze' untuk orang buta
Halangan atas paras lutut kini tidak menjadi masalah bagi orang kurang upaya penglihatan dengan penggunaan tongkat pintar yang dikenali sebagai 'Bawa Cane'.