JOHOR BAHRU: Bekas vokalis Exist, Mamat mengakui kini boleh menarik nafas lega selepas dua kes dadah yang menghantuinya sebelum ini sudah pun selesai di mahkamah pada Isnin.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 47, berkata, apa yang perlu dilakukan selepas ini adalah memandang ke hadapan menjalani hidup baharu.
"Alhamdulillah, lapang dada saya selepas selesai semua masalah ini. Syukur kepada Allah SWT dan keluarga yang banyak membantu dan memberi sokongan, ia memberi kesabaran buat saya ketika berada di dalam (penjara).
"Tidak lupa juga kepada peminat-peminat yang mendoakan yang terbaik untuk saya, tunggu saya untuk membuat kemunculan selepas ini," katanya ditemui pemberita di pekarangan mahkamah pada Isnin.
Terdahulu Mamat mengaku bersalah atas kesalahan memasukkan dadah dalam badan di Mahkamah Seksyen di sini dan kesalahan memiliki dadah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.
Penyanyi itu membayar denda RM5,000 bagi kedua-dua kesalahan tersebut yang dilakukan pada 2019 dan selepas ini diperintahkan mahkamah untuk menjalani pemulihan di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Bentong Pahang.
Mamat berkata, sepanjang berada di dalam penjara banyak pengalaman dilalui yang mengajarnya untuk mensyukuri kehidupan insan-insan yang berada di sekelilingnya.
Katanya, pengalaman di sebalik jeriji besi itu berjaya membuka matanya untuk berubah dan berazam tidak mahu lagi mengambil dadah.
"Banyak pengalaman yang dipelajari ketika berada di dalam, di situ saya kenal siapa kawan, siapa lawan saya. Pengalaman ini tidak akan saya lupakan.
"Pengajaran yang paling penting ialah untuk tidak lagi melakukan kesilapan yang sama sebelum ini, insya-Allah," katanya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Rahsia Pohon Cemara' itu juga menyatakan hasratnya untuk kembali ke dunia seni selepas ini.
"Tak adalah rindu sangat (kembali menyanyi), tapi kalau ada rasa kepingin, insya-Allah saya akan cuba," katanya.
Sementara itu, abang Mamat, Mehmood, 56, berharap Mamat yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu akan dapat berubah selepas ini.
"Harap Mamat ada semangat untuk pulih sepenuhnya bagi diri sendiri dan keluarga," katanya yang tinggal di Kampung Pasir Putih, Tampoi di sini.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Hafizi Harun berkata, Mamat akan menjalani proses perubatan dan rawatan pemulihan di AADK Bentong selama dua tahun.
"Pada enam bulan pertama dia akan fokus semua aktiviti rawatan dan tiada sebarang persembahan akan dibenarkan," katanya.
Selepas enam bulan pertama kata Hafizi, pihaknya akan melihat perkembangan Mamat sebelum memutuskan untuk dibenarkan membuat persembahan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 08 2024

Mamat (kiri) selepas selesai prosiding pertuduhan kes memasukkan dan memiliki dadah di Mahkamah Johor Bahru pada Isnin.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Mamat Exist lega dua kes dadah sudah selesai
Bekas vokalis Exist, Mamat mengakui kini boleh menarik nafas lega selepas dua kes dadah yang menghantuinya sebelum ini sudah pun selesai di mahkamah pada Isnin.

Masukkan dadah: Mamat Exist didenda RM4,000
Bekas vokalis Exist, Mamat didenda RM4,000 atau penjara dua tahun selepas mengaku bersalah atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

Kerana dadah, Mamat tak bebas - "Saya perlu lapor diri sebelum keluar dari Johor"
Menurut Mamat, dia perlu melaporkan diri dan mendapatkan kebenaran daripada AADK selama tempoh dua tahun.

Saya mohon maaf, saya akui kesalahan - Mamat Exists
Jelas Mamat, apa yang berlaku adalah satu yang amat mendukacitakan bagi semua terutamanya ahli kumpulan Exists.

Gegar Vaganza: Ayai Illusi tepati ramalan, bawa pulang RM100,000
Penyanyi Ayai Illusi menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara musim pertama Gegar Vaganza.