KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching hari ini meluahkan rasa kecewa dan marah beliau di Dewan Rakyat susulan kegagalan kerajaan menyerahkan sejumlah besar komputer riba kepada pelajar-pelajar dalam kategori B40.
Menyuarakan perkara itu ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), beliau mengakui tidak tahu cara untuk mendapatkan penjelasan berkenaan isu itu ekoran beberapa kementerian saling mengelak untuk menjawab.
"Sewaktu penggulungan Titah Diraja, Timbalan Menteri Kewangan cakap, sila tanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Apabila tanya KPM, KPM cakap peranti digital itu belum diterima daripada Yayasan Hasanah.
"Kami tidak ada wakil Yayasan Hasanah di sini (Dewan Rakyat). Takkan (dalam) satu Kabinet yang paling besar ini tak ada seorang pun yang boleh menjawab dalam Dewan ini... Siapa yang perlu dipertanggungjawab terhadap kelewatan yang melampau ini?
"Saya rasa pandai sangat Kabinet ini untuk 'tendang bola'. KPM 'tendang' kepada Yayasan Hasanah, saya rasa jemaah menteri ini kalau bentuk satu pasukan boleh jadi juara dunia... saya rasa ini terlalu melampau," luahnya dalam nada kecewa ketika membahaskan usul tersebut.
Mengulas lanjut, Nie Ching berkata, sejak bulan November tahun lalu beliau telah menegaskan bahawa 150,000 komputer riba untuk pelajar B40 adalah tidak mencukupi.
Malah, katanya, kajian KPM sendiri menunjukkan bahawa 37 peratus bersamaan 1.7 juta murid-murid tidak ada peranti yang sesuai.
"Maksudnya, kerajaan ini mengambil (melengahkan) masa sahaja. Selepas 300 hari tidak boleh menyerahkan 150,000 komputer riba kepada B40.
"Siapa yang nak bantu golongan ini? Kenapa kita pakai duit GLC (syarikat berkaitan kerajaan)? Kenapa bergantung sumbangan daripada GLC?
"Takkan kerajaan ini tidak ada duit untuk beri komputer riba kepada anak-anak B40?
"Apabila nak ubah suai kediaman rasmi Perdana Menteri, RM35 juta tak ada masalah. Luluskan serta-merta.
"Apabila kita nak hantar komputer riba kepada anak-anak. Kita tunggu dan tunggu dan sampai hari ini kita masih tunggu. Tak malu ke menteri-menteri duduk di sana? Langsung tak ada malu," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Sep 29 2021

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching meluahkan rasa kecewa dan marah beliau di Dewan Rakyat hari ini. - Gambar BERNAMA

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.

IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital
IRC 2025 telah membuktikan bahawa kerjasama mampu menjadi pemangkin penciptaan masa depan yang selamat, inklusif dan mampan.

JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.

100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas
Sehingga kini, 48 penggiat industri menerima bantuan Ziarah Seni MADANI@Finas yang bertujuan meringankan beban warga seni yang memerlukan.

Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.

Tujuh lagi NADI akan beroperasi di Sabah tahun depan - Teo
Tujuh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan mula beroperasi di Sabah pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.

RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.

446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara
Sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi di lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.

Kementerian Komunikasi pastikan rakyat nikmati impak peruntukan RM2.55 bilion
Kementerian Komunikasi akan menggerakkan semua agensi di bawahnya untuk memastikan peruntukan sebanyak RM2.55 bilion dalam Belanjawan 2025 dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.