KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan terus mencatat peningkatan petang ini, manakala Selangor kekal dan Sabah merekodkan penurunan.
Di JOHOR, jumlah mangsa meningkat kepada 4,278 orang setakat 4 petang ini berbanding 4,062 orang tengah hari tadi, dengan Muar menjadi daerah terbaharu terjejas banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan dalam kenyataan hari ini berkata seramai 52 mangsa terjejas banjir di Muar, dan kini ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Serbaguna Felcra Bukit Kepong dan Dewan Semai Bakti Felda Maokil.
"Jumlah keseluruhan PPS yang dibuka di negeri ini ialah 70 PPS melibatkan lapan daerah terjejas iaitu Segamat, Tangkak, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kluang, Mersing, Batu Pahat dan Muar.
"Segamat terus mencatatkan mangsa tertinggi iaitu 3,344 orang diikuti Mersing (395), Kota Tinggi (203), Tangkak (161), Kluang (71), Muar (52), Batu Pahat (50) dan Johor Bahru (2)," katanya sambil menambah keadaan cuaca di seluruh negeri dilaporkan mendung.
[LAPOR LANGSUNG] Paras sungai tahap bahaya, penduduk di lima negeri diminta waspada
Di PAHANG, bilangan mangsa banjir meningkat petang ini apabila Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan, seramai 2,572 mangsa masih ditempatkan di 55 PPS berbanding 2,252 mangsa berada di 54 PPS, tengah hari tadi.
Daerah Temerloh merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 625, diikuti Lipis (539), Rompin (390), Kuantan (357), Raub (279), Jerantut (185), Pekan (113), Maran (70) dan Bera (14).
Sembilan jalan masih ditutup antaranya Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan (Maran), Jalan Kuantan-Segamat (Pekan), Jalan Ulu Dong (Raub) dan Jalan Kuala Lipis-Jerantut (Jerantut).
Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan paras air di tiga stesen telah melepasi tahap bahaya setakat 4 petang ini iaitu Paya Gintong di Jerantut, Sungai Luit di Kampung Subuh (Maran) dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang (Bera).
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 2,621 mangsa daripada 674 keluarga petang ini berbanding 2,555 mangsa daripada 659 keluarga, tengah hari tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa yang terjejas adalah dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan kawasan di Melaka Tengah dan sembilan kawasan di Jasin.
"Seramai 1,034 mangsa daripada 272 keluarga ditempatkan di 10 PPS di Alor Gajah, 1,418 mangsa daripada 362 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di Melaka Tengah serta 169 mangsa daripada 40 keluarga ditempatkan di empat PPS di Jasin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan mangsa banjir meningkat kepada 2,073 individu membabitkan 568 keluarga dengan 21 PPS dibuka setakat 4 petang ini berbanding 2,040 individu (558 keluarga), tengah hari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas Mohd Farid Abu Bakar berkata paras air di Sungai Gemas ketika ini masih berada pada tahap amaran bahaya, namun aras air sedikit menurun berbanding hari pertama banjir dua hari lepas.
Di SELANGOR, aplikasi Info Bencana JKM memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal seramai 40 orang melibatkan dua PPS di Daerah Kuala Langat iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang dengan 25 mangsa dan Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banting (15 mangsa).
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh ketika dihubungi berkata kerja-kerja membaik pulih dua ban oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Bukit Changgang dan Labohan Dagang dekat Kuala Langat juga telah selesai kira-kira 2.30 petang tadi.
JPS juga memaklumkan setakat 3.45 petang tadi aras air Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat masih berada pada aras bahaya pada ketinggian 4.21 meter dengan trend menurun.
Pada masa sama, Ahmad Ridhwan turut menasihati orang awam supaya sentiasa berwaspada ekoran cuaca yang tidak menentu dan amaran air pasang besar yang telah dikeluarkan pihak berkuasa bermula semalam selama empat hari sehingga Rabu ini.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir sedikit menurun kepada 3,329 daripada 1,231 keluarga petang ini berbanding 3,398 daripada 1,236 keluarga, tengah hari tadi, berikutan penutupan PPS Masjid Nur Iman Sunagi Sandakan, pada 3 petang tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan 26 PPS lagi masih dibuka di enam daerah, melibatkan Kota Marudu, Pitas, Telupid, Paitan, Sandakan dan Beluran.
Kota Marudu mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai berada di PPS iaitu seramai 2,765 mangsa daripada 1,061 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS, diikuti Pitas (216 mangsa daripada 94 keluarga di empat PPS), Telupid (159 mangsa, 34 keluarga di tiga PPS), Paitan (102 mangsa daripada 24 keluarga di tiga PPS), Sandakan (46 mangsa, tujuh keluarga di satu PPS) dan Beluran (41 mangsa, 11 keluarga di satu PPS).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022

Di Pahang, bilangan mangsa banjir meningkat petang ini dengan seramai 2,572 mangsa masih ditempatkan di 55 PPS berbanding 2,252 mangsa berada di 54 PPS, tengah hari tadi. - Gambar/ Bernama

Kualiti udara di Balok Baru direkodkan sangat tidak sihat
Keadaan itu disebabkan oleh kebakaran tanah gambut di sebuah ladang kelapa di Cherating, Kuantan.
AWANI Ringkas: Rasuah | Aidilfitri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Siasatan polis | Penyelenggaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Consider This: Hawker Economy (Part 2) — Small Traders, Big Impact
Hawkers have long been an essential part of Malaysia’s street food culture and informal economy. But they’re facing mounting challenges—from rising costs, to a lack of successors. A new discussion paper by Khazanah Research Institute examines the historical evolution of these small-scale traders, and the policy gaps that leave them vulnerable. How can Malaysia better support its hawker economy? What can we learn from Singapore’s policy efforts and government support that led to hawker culture being officially recognised on UNESCO’s Intangible Cultural Heritage list? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Lily Kong, President of Singapore Management University and author of ‘Singapore Hawker Centres: People, Places, Food’.
#AWANI Tonight 3 March 2025
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC: Ismail Sabri named suspect in graft probe
2. MOH highlights growing nursing shortage as resignations rise
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC: Ismail Sabri named suspect in graft probe
2. MOH highlights growing nursing shortage as resignations rise
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Hawker Economy (Part 1) — Small Traders, Big Impact
Hawkers have long been an essential part of Malaysia’s street food culture and informal economy. But they’re facing mounting challenges—from rising costs, to a lack of successors. A new discussion paper by Khazanah Research Institute examines the historical evolution of these small-scale traders, and the policy gaps that leave them vulnerable. How can Malaysia better support its hawker economy? Should the government take a more active role in preserving and formalising this industry? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Mohd Amirul Rafiq Abu Rahim, Senior Research Associate at Khazanah Research Institute and lead author of ‘Hawkers and Hawking Space in Malaysia: A Case Study’.
AWANI Tonight: MACC: Ismail Sabri named suspect in graft probe
Former Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri has been named a suspect in an ongoing corruption probe involving government funds and will be called in for questioning on Wednesday, March 5th.
AWANI Tonight: 'Anora' leads with five wins, including Best Picture
The independent film "Anora" won Best Picture and five Oscars at the 97th Academy Awards, with Sean Baker making history by winning four awards for directing, editing, writing, and producing the film.
Dulu kejayaan Rumah IDAMAN diragui, kini terbukti berhasil, jadi rebutan – GCEO MBI Selangor
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Datuk Ts. Saipolyazan M Yusop berkata penyelesaian perumahan mampu milik Selangor bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah, Rumah IDAMAN, merupakan antara projek berimpak tinggi MBI Selangor. Jelasnya, daripada keseluruhan 32 projek dan 65,332 unit yang dirancang, dua projek dengan 3,371 unit rumah telah siap dan diserahkan kepada pembeli. #AgendaAWANI
MBI Selangor sasar pendapatan RM8 bilion menjelang 2028 melalui pelaksanaan THRIVE28
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Datuk Ts. Saipolyazan M Yusop berkata MBI Selangor menyasarkan pendapatan sehingga RM8 bilion menjelang tahun 2028 melalui pelaksanaan pelan THRIVE28. Jelasnya, pelan tiga fasa itu akan memposisikan MBI Selangor sebagai sebuah syarikat pemegang pelaburan. #AgendaAWANI

Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.

Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.

Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.

Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.

Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.

Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.

Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.

Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.

Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.

Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.