KUALA LUMPUR: Situasi banjir di tiga negeri yang terjejas iaitu Johor, Melaka dan Pahang bertambah baik sekali gus merekodkan penurunan jumlah mangsa setakat petang ini.
Di JOHOR, keadaan banjir semakin surut dengan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 2,935 orang setakat 4 petang ini berbanding 3,161 orang, pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan berkata empat daerah masih terjejas banjir melibatkan 37 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Segamat terus mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,089 orang, diikuti Muar (1,085), Tangkak (680) dan Batu Pahat (81).
Beliau berkata tiga PPS ditutup dengan dua daripadanya di Segamat iaitu Balai Raya Taman Suria dan Dewan Serbaguna Kampung Paya Pulai, selain Sekolah Menengah Kebangsaan Yong Peng di Batu Pahat berikutan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
"Bagaimanapun, orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada berikutan tiga sungai kekal di paras bahaya iaitu Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Sungai Muar di Liang Batu dan Sungai Muar di Bukit Kepong," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata cuaca di seluruh negeri ketika ini dilaporkan cerah.
Di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata mangsa banjir kini berjumlah 235 orang daripada 64 keluarga petang ini dengan kesemuanya masih ditempatkan di tiga PPS di Jasin.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 80 orang di dua PPS pada petang ini, berbanding 141 orang pagi tadi, menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri.
PPS terakhir di Maran yang menempatkan mangsa banjir gelombang kedua menamatkan operasi selepas kesemua 35 mangsa dibenarkan pulang ke rumah hari ini.
Jumlah mangsa banjir juga menurun masing-masing di sebuah PPS di Pekan dan Rompin, ekoran lebih ramai mangsa mula pulang ke rumah selepas kediaman mereka siap dibersihkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022

Rumah milik Sudin Omar, 66, yang terletak di Kampung Liang Batu, Muar masih digenangi air separas betis walaupun di beberapa kawasan di Kampung tersebut telah surut sepenuhnya ketika tinjauan di kampung itu hari ini. - Foto BERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.