KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang meningkat malam ini berbanding petang tadi manakala Negeri Sembilan, Melaka serta Sabah mencatatkan penurunan.
Bagi Selangor dan Terengganu, jumlah mangsa banjir kekal seperti pada sebelah petang.
Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R Vidyananthan berkata jumlah mangsa banjir meningkat kepada 5,923 mangsa setakat 8 malam ini berbanding 5,588 orang petang tadi dengan jumlah PPS yang masih beroperasi di tujuh daerah kekal 81 melibatkan 1,585 keluarga.
"Segamat terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,311 orang, Tangkak (601), Mersing (540), Kota Tinggi (131), Kluang (120) dan Muar (118) dan Batu Pahat (102).
"Ketika ini hanya Batu Pahat yang mengalami hujan manakala Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Mersing pula mendung sementara di Tangkak dan Muar cuaca cerah," katanya dalam kenyataan.
[LAPOR LANGSUNG] Tiga air pasang besar diramal berlaku sehingga Februari
Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir sedikit meningkat malam ini, kepada 2,308 orang berbanding 2,265 orang pada petang tadi dan sebanyak 37 PPS beroperasi di lapan daerah iaitu Raub, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan dan Sungai Serting di Padang Gudang, Bera masih lagi melebihi paras bahaya seperti pagi tadi, namun mula menunjukkan trend menurun pada malam ini.
Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan mangsa banjir menurun kepada 1,628 individu membabitkan 448 keluarga dengan 15 PPS dibuka setakat malam ini berbanding 1,666 individu (462 keluarga) dengan 16 PPS petang tadi.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,771 mangsa daripada 472 keluarga pada pukul 8 malam ini berbanding 2,155 mangsa daripada 565 keluarga pada pukul 4 petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa yang terjejas adalah dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan kawasan di Melaka Tengah dan 11 kawasan di Jasin.
"Seramai 318 mangsa daripada 92 keluarga ditempatkan di enam PPS di Alor Gajah, 1,154 mangsa daripada 300 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di Melaka Tengah serta 299 mangsa daripada 80 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Jasin," katanya dalam kenyataan malam ini.
Di SABAH jumlah mangsa banjir di negeri ini sedikit menurun dengan 3,365 mangsa dari 1,331 keuarga malam ini berbanding 3,377 mangsa banjir daripada 1,330 keluarga petang tadi, menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah.
Sekretariat itu memaklumkan satu PPS iaitu Dewan Kampung Kiabau di Telupid telah ditutup manakala 30 PPS masih dibuka di enam daerah terjejas banjir terletak di utara serta pantai timur di negeri itu.
Daerah Kota Marudu kekal dengan mangsa banjir paling ramai dipindahkan dengan 2,659 mangsa daripada 1,115 keluarga di 14 PPS, diikuti Pitas (307 mangsa, 127 keluarga, empat PPS), Telupid (216 mangsa, 49 keluarga, tujuh PPS).
Sandakan (46 mangsa, tujuh keluarga, satu PPS), Beluran (38 mangsa, 10 keluarga, satu PPS), dan Daerah Kecil Paitan (99 mangsa, 23 keluarga, tiga PPS).
Tiga kejadian tanah runtuh di Daerah Ranau menjejaskan Jalan Bongkud, Jalan Stadium Ranau dan Jalan Timbau-Melinsau. Tiga lagi kejadian dikesan di Kinabatangan iaitu di Ladang SLDB Sukau, Kampung Sagaliud Seberang dan Kampung Wariasan.
Di SELANGOR, aplikasi Info Bencana JKM merekodkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS di Daerah Kuala Langat kekal 40 individu iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang (25 mangsa) dan Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banting (15 mangsa).
Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam kekal di tahap bahaya sejak pagi tadi dengan ketinggian paras air pada 3.1 meter setakat 8 malam.
Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat yang berada di paras amaran petang tadi kini di tahap waspada dengan ketinggian paras air pada 3.1 meter setakat pukul 8 malam dan dalam trend menurun.
Di TERENGGANU, kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 19 orang daripada lima keluarga di dua PPS di Kemaman pada malam ini.
"PPS Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor menempatkan sembilan orang daripada tiga keluarga manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga menempatkan 10 orang daripada dua keluarga.
"Pasukan penyelamat membuat pemantauan di kawasan pesisir pantai berikutan fenomena air pasang besar dijangka setinggi 3.7 meter malam ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022

Keadaan rumah penduduk di Kampung Tolungan, Pamol, Beluran di Sabah, ketika tinjauan hari ini. - Gambar/ Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.

Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.

Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.

Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.

Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.

Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.

Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.

Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.

Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.

Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.