Skip to main content

Malaysia

Mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 4,196 pada tengah hari

61483371518_BanjirRantauPanjang.jpg
61483371518_BanjirRantauPanjang.jpg
Advertisement
Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 4,196 orang setakat 1 tengah hari ini berbanding 4,695 pagi tadi dengan 12 pusat pemindahan masih beroperasi di dua jajahan.

Menurut Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, jajahan Tumpat mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,517 orang daripada 849 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan, manakala Pasir Mas menempatkan 1,679 mangsa daripada 551 keluarga di lima pusat pemindahan.

Menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini di bawah paras bahaya 9.0 meter dengan trend penurunan iaitu 8.77 meter berbanding 8.87 meter pagi tadi.

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pula turun kepada 12.48 meter berbanding 12.53 meter pagi tadi namun masih di bawah paras bahaya 16 meter, manakala paras air sungai utama yang lain telah kembali ke paras normal.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement