Jumlah mangsa banjir di Muar dan Tangkak terus berkurangan kepada 159 orang daripada 37 keluarga pagi ini, berbanding 174 orang daripada 41 keluarga, malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan, menerusi kenyataan, berkata setakat 8 pagi, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) kekal beroperasi di Muar manakala satu di Tangkak.
Beliau berkata di Muar, seramai 132 orang daripada 33 keluarga masih terjejas banjir melibatkan kawasan Kampung Parit Raja Darat, Kampung Parit Raja Tengah, Kampung Parit Amal, Parit Keroma Darat, Parit Sakai, Parit Besar serta Kampung Parit Amat.
Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahkota, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Keroma Darat serta SK Parit Raja.
Di Tangkak pula, katanya seramai 27 orang daripada empat keluarga dari Kampung Tanjung Gading Barat masih terjejas dan kesemua mangsa ditempatkan di PPS SK Tanjung Gading 5.
"Keadaan paras air di beberapa kawasan yang dinaiki air mulai surut secara perlahan, namun, pemantauan berterusan di kawasan berisiko banjir terus dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran serta agensi berkaitan.
Keadaan cuaca di kedua-dua daerah juga baik pada pagi ini, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 17 2020
Pemantauan di kawasan berisiko banjir terus dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pengairan dan Saliran serta agensi berkaitan. - Gambar fail
Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel
Hamas akan bebaskan tiga tebusan Israel pada Sabtu sebagai pertukaran dengan 183 banduan Palestin. Kumpulan itu menuduh Israel melanggar gencatan senjata dan menahan bantuan kemanusiaan.
AS rancang jual senjata $7.4 bilion kepada Israel
Amerika Syarikat merancang untuk menjual peralatan ketenteraan bernilai $7.4 bilion kepada Israel, termasuk peluru berpandu dan pelbagai jenis peluru, ketika gencatan senjata di Gaza masih rapuh.
Pentadbiran bekas Presiden Joe Biden sebelum ini telah memaklumkan kepada Kongres mengenai cadangan penjualan senjata bernilai $8 bilion kepada Israel pada Januari.
Pentadbiran bekas Presiden Joe Biden sebelum ini telah memaklumkan kepada Kongres mengenai cadangan penjualan senjata bernilai $8 bilion kepada Israel pada Januari.
Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.
Sultan Selangor dukacita masih ada umat Islam terperangkap maklumat salah
Baginda bertitah umat Islam dilihat semakin mudah terpengaruh dengan dakyah ajaran sesat dan menyeleweng.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.
Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik
Sebanyak 200 penduduk bakal menerima manfaat melalui tawaran pemilikan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Ibu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini.
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan
Setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 140 mangsa daripada 36 keluarga.
Mangsa banjir di Sarawak menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 9,039 orang yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian setakat pagi ini berbanding 9,314 malam tadi.
JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Jawatankuasa pengurusan bencana diarahkan untuk kemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS selewat-lewatnya hujung minggu ini.
Banjir: Rumah panjang Malo seakan 'pulau' dikelilingi air hampir sebulan
Dikelilingi air sejak hampir sebulan, rumah panjang Malo yang terletak di Nanga Penyarai kini seakan pulau kecil yang terasing.