KOTA TINGGI: Mangsa kedua yang dilaporkan hilang ketika mandi-manda bersama rakannya di Pantai Batu Layar, di sini sejak semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Mayat remaja lelaki berusia 16 tahun itu ditemukan terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 5.20 petang.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.
"Keadaan fizikal mangsa ketika ditemui tidak menunjukkan sebarang tanda kecederaan dan mangsa lengkap berpakaian.
"Mayat mangsa telah dicamkan oleh ibu bapanya yang berada di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, operasi SAR oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) itu ditamatkan pada jam 6 petang.
Menurut Hussin, usaha pencarian mangsa itu terdahulu menghadapi cabaran akibat keadaan laut yang bergelora selain cuaca yang mendung di perairan berkenaan.
"Situasi itu memaksa tindakan SAR dihentikan sementara pada 7.30 malam tadi sebelum disambung semula sejurus keadaan laut kembali reda kira-kira jam 8 tadi.
"Kaedah pencarian dilakukan secara visual dan dipecahkan kepada tiga pasukan penyelamat, manakala kawasan pencarian meliputi dua kilometer radius sepanjang pantai dan 0.5 sehingga 2.0 batu nautika sekitar kawasan mangsa didakwa hilang," tambahnya lagi.
Media sebelum ini melaporkan, seorang remaja berusia 17 tahun ditemukan lemas, manakala seorang lagi rakannya dilaporkan masih hilang di perairan berkenaan.
Dalam pada itu, Majlis Perbandaran Pengerang telah mengarahkan kawasan pantai Batu Layar ditutup bagi sebarang aktiviti buat sementara waktu sehingga esok.
Aiman Hakeem Awazmin
Mon Jan 23 2023

Mayat mangsa ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang. - Gambar/ PDRM

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.
[TERKINI] Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Wanita selamatkan budak lemas digelar 'Mask Qipao Superwoman'
Tindakannya yang pantas dan berani menjadikannya sensasi di media sosial dengan gelaran 'Mask Qipao Superwoman'.

Lelaki keluar menjala ikan ditemukan lemas, disyaki dibaham buaya
Seorang lelaki yang keluar menjala ikan di tebing Sungai Nyigu lewat petang semalam dan gagal pulang ke rumah ditemukan lemas serta dipercayai dibaham buaya di sungai berkenaan hari ini.

Operasi cari dua remaja dikhuatiri lemas di Kampung Tepus disambung pagi ini
Operasi diteruskan jam 9 pagi melibatkan 25 anggota BBP Pantai Remis, Pangkor, Seri Iskandar dan Kuala Kangsar, polis dan penduduk sekitar.

Dua pelajar dikhuatiri lemas ketika cuba mengambil bola dalam Sungai Perak
Kedua-dua mangsa berusia 16 tahun, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muhammad Shah, Parit.

Nelayan jatuh bot ditemukan lemas di Kuala Sangga
JBPM Perak terima laporan kehilangan Aziz Bakar kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini.

Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.

K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.

Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.

Lelaki Pakistan lemas ketika mandi-manda di pantai Port Dickson
Percutian sekumpulan pekerja dari Klang, Selangor bertukar tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas ketika mandi-manda di Pantai Batu 5, Port Dickson dekat sini semalam.