JOHOR BAHRU: Pergerakan sentiasa diperhatikan dan dikawal 24 jam antara pengalaman pahit yang terpaksa dilalui tujuh rakyat Malaysia termasuk seorang wanita berusia 18 hingga 34 tahun berasal dari Johor yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja.
Seorang daripada mangsa Wan (bukan nama sebenar), 34, berkata selepas tiba di Kemboja, mereka ditempatkan kira-kira lima bulan di sebuah hotel di Kampung Sok, Phnom Penh yang dipercayai dijadikan pusat operasi sindiket penipuan itu.
Katanya sebelum ke Kemboja, mereka ditawarkan pekerjaan di sebuah kasino dengan gaji lumayan sebanyak AS$1,100 sebulan menerusi seorang ejen warga tempatan, namun dipaksa bekerja sebagai scammer (penipu) mata wang kripto dipercayai didalangi warga Taiwan sebaik tiba di negara itu.
"Kami tertarik dengan tawaran gaji, tetapi apabila sampai di sana indah khabar daripada rupa, pada mulanya ditawarkan sebagai pelayan kasino tetapi sebaik sahaja sampai di sana, kami dijadikan sebagai scammer.
"Jika kami tidak tandatangan kontrak (sebagai scammer) untuk enam bulan, kami disuruh bayar RM15,000 seorang untuk pulang semula ke tanah air dan kami semua terpaksa tandatangan," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin di sini pada Ahad.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah.
Bagaimanapun, Wan yang berasal dari Kampung Melayu Paloh di Kluang berkata sepanjang lima bulan berada di Kemboja mereka tidak dibayar jumlah gaji seperti dijanjikan, namun menjelaskan tidak pernah dicederakan oleh sindiket penipuan itu.
"Kami tidak pernah dicederakan, tetapi ada mangsa lain sebelum ini pernah kongsi pengalaman dipukul dan diacu pistol...jadi sepanjang di sana kami tidak pernah membantah dan sentiasa mengikut arahan yang diberikan," katanya.
Menurut Wan, dia dan enam yang lain telah merancang selama sebulan untuk melarikan diri sebelum menghubungi Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) untuk mendapatkan bantuan dan berjaya melepaskan diri dengan memberi alasan mahu memotong rambut.
Sementara itu, seorang lagi mangsa Hawa (bukan nama sebenar), 30, berkata dia bersetuju untuk menerima tawaran bekerja di negara itu kerana ingin mengumpul wang bagi persiapan perkahwinannya.
"Saya dan juga tunang sama-sama menerima tawaran itu, namun terperanjat apabila dimaklumkan akan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan tawaran asal. Mangsa penipuan bukan hanya warga Malaysia, tetapi ada juga dari India, China dan Indonesia," katanya yang berasal dari Skudai.
Dalam pada itu, Mohd Hairi berkata kerajaan negeri menanggung segala kos bagi membawa pulang kesemua tujuh mangsa itu termasuk penginapan, tiket, makan dan minum berjumlah kira-kira RM15,000.
Beliau berkata kerajaan negeri akan memantau dan membantu kesemua mangsa mendapatkan pekerjaan baharu memandangkan terdapat 19,000 kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor di negeri ini.
"Ini pengalaman yang perlu mereka lalui, saya ingin ingatkan belia di negeri ini agar melihat peluang-peluang pekerjaan yang terdapat di Johor terlebih dahulu. Ini kerana terdapat lebih 50,000 pekerjaan dan hanya kira-kira 31,000 sahaja yang telah diisi, jadi masih banyak peluang pekerjaan di sini," katanya.
Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video menerusi TikTok yang memaparkan tujuh mangsa penipuan itu merayu bantuan daripada kerajaan negeri untuk pulang ke tanah air setelah berjaya melarikan diri daripada sindiket itu dengan bantuan MHO.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 31 2022

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah (kiri) menyambut kepulangan empat rakyat Johor yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja. - Foto BERNAMA
Kes IPIC: AG perlu kemukakan pertuduhan baharu terhadap Najib – NGO
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pada Khamis mendesak Peguam Negara (AG) Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk menyatakan jangka masa pertuduhan baharu terhadap Datuk Seri Najib Tunk Razak berhubung dana RM6.6 bilion berkaitan International Petroleum Investment Company (IPIC).
Kumpulan itu berkata, jika pendakwaan tidak mengemukakan pertuduhan terbaharu selepas tempoh tertentu, pihak pembelaan Najib boleh memohon pelepasan dengan pembebasan (DAA).
Kumpulan itu berkata, jika pendakwaan tidak mengemukakan pertuduhan terbaharu selepas tempoh tertentu, pihak pembelaan Najib boleh memohon pelepasan dengan pembebasan (DAA).
Pesawah terima RM15 juta untuk persediaan Ramadan dan Aidilfitri
Perdana Menteri mengumumkan pesawah di seluruh negara akan menerima bantuan persediaan awal menjelang Ramadan dan Aidilfitri sebanyak RM15 juta.
RM5.367 bilion untuk tingkatkan hasil padi
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5.376 bilion untuk meningkatkan produktiviti hasil padi negara termasuk membangunkan infrastruktur bagi menyokong program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di kawasan Muda.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MMM bolehkan media di negara ini jalankan tugas lebih berkesan - Fahmi
Konsep kawal selia kendiri dalam RUU itu menjadi satu indikator bahawa industri media di negara ini adalah sihat.

Utusan Sarawak tamat era cetakan selepas hampir 80 tahun, beralih ke platform digital
Akhbar Utusan Sarawak dan Mingguan Sarawak akan menghentikan penerbitan edisi cetak mulai esok selepas penerbitannya bermula pada tahun 1949.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mogok di Lapangan Terbang Munich jejaskan 80 peratus penerbangan
Syarikat penerbangan membatalkan 80 peratus penerbangan berjadual pada Khamis dan Jumaat.

Seorang rakyat Malaysia antara 61 mangsa penipuan dalam talian diselamatkan di Myanmar
Kedutaan Malaysia di Bangkok telah mengesahkan identiti warganegara Malaysia itu dengan pihak berkuasa Thailand.

Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.

Pesara kerajaan rugi lebih RM700,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM735,000 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon.

Mangsa tipu sindiket pekerjaan kongsi pengalaman semasa di Kemboja
Pergerakan sentiasa diperhatikan dan dikawal 24 jam antara pengalaman pahit yang terpaksa dilalui tujuh rakyat Malaysia.

10 lagi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan dibawa pulang
Seramai 10 lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke tanah air semalam.

Kerajaan pergiat usaha selamatkan mangsa penipuan kerja di luar negara
Kerajaan akan terus mempergiat usaha menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air.

Suri rumah, pelajar IPTA rugi lebih RM200,000 ditipu Macau Scam
Kedua-duanya mendakwa menerima panggilan daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai 'pegawai dari KKM'.

Penuntut universiti dakwa rugi lebih RM30,000 ditipu 'pegawai LHDN'
Mangsa terima panggilan menyatakan dia mempunyai tunggakan bagi syarikat yang didaftar atas namanya sedangkan tidak mempunyai sebarang syarikat.

Masih ramai terpedaya skim penipuan kewangan - Johari
Masih ramai rakyat di negara ini percaya dan terpedaya dengan skim penipuan kewangan meskipun pelbagai maklumat serta modus operandi terbabit didedahkan.