KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menganjurkan 2nd Regional Conference on Agrobiodiversity Conservation and Sustainable Utilization (RAC2) 2024 yang berlangsung dari 11 hingga 13 Jun di Kuching Sarawak.
MARDI dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, persidangan tersebut antaranya akan menumpukan perbincangan berhubung kepentingan sekuriti makanan melalui eksplorasi dan konservasi sumber agrobiodiversiti serta mitigasi perubahan iklim untuk kelestarian pertanian.
“Objektif persidangan termasuk mewujudkan satu forum peringkat kebangsaan, global, dan institusi antarabangsa terpilih bagi bertukar maklumat dengan kumpulan pakar berkaitan agrobiodiversiti.
"Selain itu, persidangan juga bertujuan mewujudkan platform perkongsian pengetahuan dan pengalaman, kerjasama dan strategi pembangunan masa hadapan dalam menangani cabaran global seperti keselamatan makanan, perubahan iklim, kawalan biologi dan pertanian mampan," jelas kenyataan itu.
Menurut institut penyelidikan itu lagi, persidangan berkenaan menyediakan peluang kepada pakar-pakar serantau bagi mengetengahkan dan menilai peranan agrobiodiversiti serta mengenal pasti penggunaan lestari sumber-sumber yang berpotensi.
Dalam pada itu, kenyataan itu menambah, Malaysia ketika ini diiktiraf sebagai salah satu daripada 17 negara mega untuk kepelbagaian biologi di dunia.
Jelas kenyataan itu lagi, para penyelidik dan pencinta alam semulajadi negara berdepan cabaran kerana berlaku kepupusan yang disifatkan semakin meningkat saban hari.
"Ini disebabkan oleh kerakusan individu dan kepantasan aktiviti manusia mengejar pembangunan serta pemodenan sehingga mengancam kelestarian alam sekitar.
"Proses pembukaan tanah untuk tujuan pertanian dan perumahan bagi menangani isu pertambahan bilangan penduduk, isu bencana alam dan juga perubahan iklim dunia merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kehilangan sumber genetik tumbuhan berkepentingan pertanian di Malaysia," katanya.
Justeru, RAC2 2024 akan turut menjadi platform untuk menilai status semasa dan penggunaan kepelbagaian sumber genetik tumbuhan berkepentingan pertanian di negara ini.
Astro Awani
Mon Jun 10 2024

MARDI berkata persidangan tersebut antaranya akan menumpukan kepada perbincangan berhubung kepentingan sekuriti makanan. - Gambar MARDI

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

MARDI perlu ambil peranan tingkat pengurusan harta intelek - Armizan
KPDN berhasrat menjadikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai organisasi ke-26 dalam program Technology Innovation Support Centre (TISC).

Tengku Amir 'mengancau' ikan di Program Rumpun Selangor
Tengku Amir turut berkenan menyampaikan sumbangan baja kepada pesawah dalam program itu dan diakhiri dengan majlis santapan.

MARDI anjur Persidangan RAC2 bermula 11 hingga13 Jun
Persidangan tersebut antaranya akan menumpukan membincangkan berhubung kepentingan sekuriti makanan.

Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.

Pemuda GEMA Johor sasar selamatkan 1 tan metrik makanan di bazar Ramadan
Bagi mencapai hasrat itu, pihaknya akan bekerjasama dengan MARDI dan SWCorp Johor.

Kerjasama penyelidikan MARDI, AREEO perlu dipergiat - Mohamad Sabu
Mohamad berkata ia antara yang dibincangkan bersama Menteri Pertanian Republik Islam Iran Mohammad Ali Nikbakht di Kementerian Pertanian Iran, Tehran hari ini.

Rasuah: Bekas pengurus inkubator MARDI dihukum penjara dua tahun, denda RM85,000
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan yang munasabah.

MARDI sasar kurangkan import bawang sehingga 30 peratus menjelang 2030
MARDI memulakan penanaman tiga jenis bawang secara kecil-kecilan untuk tempoh 2024 hingga 2025 dengan fokus kepada penghasilan bawang merah.

Inisiatif penanaman bawang skala besar dilaksana melalui dua fasa - Jabatan Pertanian
Projek upskilling tanaman bawang dijalankan pada 24 Jan lepas di kawasan seluas satu hektar di Kampung Ladang Bikam, Sungkai, Perak.

MARDI edar benih bawang merah secara skala besar kepada petani
Usahawan yang dipilih akan diberi bimbingan teknikal melalui kursus dan latihan serta dibekalkan dengan benih bawang secara percuma.