KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengakui permasalahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara supaya pelbagai penambahbaikan dapat dilakukan.
Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Tunku Munawirah Putra berkata cara pengendalian sistem pendidikan perlu diubah dan dilaksana dengan tegas untuk memperbaiki sebarang kelemahan.
"Sebagai contoh, sudah tahu yang pendekatan yang diambil oleh metodologi sekolah amanah lebih efektif dan berkesan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran, mengapa tidak dilaksanakan untuk semua sekolah?" soal beliau ketika dihubungi Astro AWANI.
Ditanya berkenaan negara contoh yang boleh diikuti Malaysia, katanya tidak ada sistem negara tertentu yang boleh diikut secara 100 peratus.
"Agak susah untuk mengambil contoh sebulat-bulatnya dari negara lain. Perlu disesuaikan untuk digunapakai untuk negara kita.
"Banyak contoh yang baik seperti dari Finland dan Jepun, tetapi harus dinilai dan disesuaikan untuk tahap sosio ekonomi pelajar dan pendidikan di sini.
"Apa yang penting ialah, anak-anak tidak akan dapat belajar apa-apa, dari guru yang mereka tidak sukai. Malah ia lebih mendatangkan padah.
"Jadi, gugurkan guru yang memalukan dan memburukkan nama mulia profesyen perguruan," katanya.
Antara perubahan besar yang dicadangkan beliau adalah pembaharuan pemikiran untuk mengubah cara pengajaran agar lebih berkesan dalam proses meningkatkan keberhasilan murid.
"Peranan guru itu penting. Guru wajar mendapat latihan dan dorongan yang terbaik untuk meningkatkan cara mereka mengajar," ulasnya.
Beliau turut mengakui, masalah terbesar dan yang susah untuk disingkirkan ialah ego.
"Perlu wujud cara efektif untuk menilai guru dan kakitangan di pelbagai peringkat agar yang lemah dan tidak berfungsi digugurkan," katanya.
Beliau berkata, terdapat laporan di Texas, Amerika Syarikat yang menunjukkan kesan negatif daripada guru yang lemah meninggalkan impak negatif kepada pelajar selama tiga tahun.
Harits Asyraf Hasnan
Sun May 16 2021

Pembaharuan pemikiran untuk mengubah cara pengajaran agar lebih berkesan dalam proses meningkatkan keberhasilan murid. - Gambar fail/BERNAMA

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Dasar, program pendidikan tanpa persediaan rapi hanya akan membawa kegagalan - Anuar Ahmad
Sejarah menyaksikan pelbagai dasar dan inisiatif pendidikan yang dengan peruntukan menelan belanja berbilion ringgit, namun semuanya gagal

Isu dibangkit Laporan Bank Dunia telah, sedang ditangani KPM - Fadhlina
Isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Bank Dunia berkenaan sistem pendidikan negara sebenarnya telah ditangani Kementerian Pendidikan (KPM) secara progresif dan proaktif.

Sistem pendidikan perlu sinonim dengan pembangunan negara - Zambry
Ia selaras dengan pelbagai perubahan yang berlaku di sekeliling rakyat setiap masa dengan kemunculan teknologi-teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).

Agenda TVET perlu diangkat, diiktiraf dalam sistem pendidikan arus perdana - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu agenda TVET terus diangkat dan diiktiraf dalam sistem pendidikan arus perdana negara.

'Perbetulkan kompas pendidikan negara'
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sistem pendidikan negara adakalanya tersasar.

Ketandusan bakat: Sistem pendidikan perlu dirombak - Syed Saddiq
Perbelanjaan negara kepada sektor pendidikan jauh lebih tinggi berbanding negara maju tapi kualiti hasilnya tidak setimpal.

RMK-12: Kerajaan tambah baik sistem pendidikan negara, tangani isu pasaran pekerjaan - PM
Perdana Menteri berkata pembangunan bakat merupakan elemen penting dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi

Martabat sistem pendidikan: Akui masalah, usah ego untuk tambah baik - PAGE
Pembaharuan pemikiran untuk mengubah cara pengajaran agar lebih berkesan dalam proses meningkatkan keberhasilan murid.

UAE setuju bantu transisi pendidikan digital Malaysia
Perdana Menteri kemukakan kesan pandemik COVID-19 terhadap sistem pendidikan negara kepada Putera Mahkota Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

Sivik, Pendidikan Moral perlu jadi silibus penting
Majikan sama ada daripada agensi kerajaan atau swasta digesa untuk mewujudkan latihan pengurusan organisasi.