Skip to main content

Malaysia

MAS batal penerbangan ke Jeddah, Madinah hingga 17 Oktober

Malaysia Airlines Group (MAG) memaklumkan keputusan berkenaan dibuat dengan mengambil kira perkembangan risiko keselamatan di rantau berkenaan.
Malaysia Airlines Group (MAG) memaklumkan keputusan berkenaan dibuat dengan mengambil kira perkembangan risiko keselamatan di rantau berkenaan.

Advertisement

Ringkasan AI

  • Malaysia Airlines membatalkan semua penerbangan antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke Jeddah serta Madinah dari 13 hingga 17 Oktober susulan isu keselamatan.
  • Penumpang terjejas boleh memilih bayaran balik penuh atau menukar tarikh penerbangan tanpa caj tambahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh asal.
  • Penerbangan ke dan dari Doha masih beroperasi seperti biasa, sementara Malaysia Airlines terus memantau perkembangan di rantau terjejas.

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) membatalkan semua penerbangan menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan Jeddah serta Madinah, dari 13 hingga 17 Oktober ini sebagai langkah berjaga-jaga susulan serangan terbaharu terhadap lapangan terbang di negara itu.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Malaysia Airlines Group (MAG) memaklumkan keputusan berkenaan dibuat dengan mengambil kira perkembangan risiko keselamatan di rantau berkenaan.

"Penumpang yang terjejas boleh memilih sama ada mendapatkan bayaran balik penuh atau menukar tarikh penerbangan ke tarikh kemudian tanpa sebarang caj tambahan," jelas kenyataan tersebut.

Kemudahan penjadualan semula itu sah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh asal penerbangan.

Permohonan bayaran balik atau penjadualan semula boleh dibuat menerusi fungsi ‘My Booking’ di laman web atau aplikasi mudah alih Malaysia Airlines, perkhidmatan Live Chat atau Pusat Perhubungan Global syarikat penerbangan itu.

Penumpang di Malaysia boleh menghubungi talian 1 300 88 3000, manakala penumpang antarabangsa boleh menghubungi +603 7843 3000 untuk mendapatkan bantuan.

Penumpang turut diingatkan supaya memastikan maklumat hubungan masing-masing dikemas kini menerusi fungsi ‘My Booking’ bagi menerima makluman terkini.

Sementara itu, Malaysia Airlines memaklumkan pihaknya terus memantau perkembangan di rantau berkenaan, manakala penerbangan ke dan dari Doha, Qatar, masih beroperasi seperti biasa setakat ini.

“Kami amat kesal atas kesulitan dan gangguan terhadap perancangan perjalanan penumpang serta menghargai kesabaran mereka sepanjang situasi berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Must Watch Video

Advertisement