Kelantan dijangka menerima bekalan air yang sempurna menjelang 2023, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata ia berikutan terdapat proses pembesaran dan naik taraf di beberapa loji air utama yang sedang dilaksana di negeri itu di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).
"Isu besar yang berlaku di Kelantan adalah masalah sumber air, (serta) pengambilan sumber air bawah tanah lebih daripada 50 peratus dan menyebabkan kos rawatan sangat tinggi.
"Kerajaan telahpun meluluskan peruntukan baharu untuk kita membuat penambahan (dan) pembesaran loji di Kelantan dan pengurangan NRW (kadar air tidak terhasil) yang agak tinggi di Kelantan," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Dr Ahmad Azam Hamzah yang ingin tahu sekiranya masalah kualiti air di Kelantan dan masalah bekalan air yang sering terputus di Pahang dapat diselesaikan jika tarif air dinaikkan.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata Pahang adalah antara negeri yang kritikal dari segi kedudukan kewangan kerana tarif air yang telah lama tidak disemak.
Berikutan itu, beliau berkata kerajaan negeri Pahang dijangka melakukan migrasi kepada kerajaan pusat pada Oktober ini supaya dapat menyelesaikan hutang yang ditanggung oleh kerajaan pusat.
"Di Pahang, semakan terakhir tarif air ialah pada 1983...37 tahun Pahang tidak pernah menaikkan tarif air dan Pahang merupakan negeri yang paling rendah tarif air iaitu 79 sen pada setiap meter padu," katanya.
Terdahulu, menjawab soalan Ahmad Azam yang ingin tahu sebab kerajaan pusat mengarahkan kerajaan negeri menstruktur semula tarif air, menteri itu berkata purata air di Malaysia adalah rendah iaitu RM1.39 bagi satu meter padu berbanding purata kos sebenar iaitu RM2.35 bagi satu meter padu.
Beliau berkata kos itu ditanggung oleh operator air untuk membekalkan air kepada pengguna dan keadaan ini menyebabkan operator berada dalam keadaan kewangan yang defisit dan sukar untuk mengekalkan perkhidmatan berkualiti.
Oleh itu, beliau berkata Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah memperkenalkan Mekanisme Penetapan Tarif Air yang mempunyai ciri-ciri seperti penyeragaman struktur tarif sedia ada dan pelarasan kadar tarif sedia ada.
Menurutnya, pelaksanaan mekanisme itu memerlukan penglibatan dan persetujuan daripada kerajaan negeri memandangkan operator air merupakan syarikat yang dimiliki penuh oleh kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 10 2020
Isu besar yang berlaku di Kelantan adalah masalah sumber air, (serta) pengambilan sumber air bawah tanah lebih daripada 50 peratus dan menyebabkan kos rawatan sangat tinggi. - Gambar hiasan
Malaysia yakin hadapi sebarang cabaran mungkin berlaku daripada pentadbiran Trump
Masih terlalu awal untuk memastikan bahawa ketegangan antara China dan Amerika Syarikat akan berlaku semasa pentadbiran Trump.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
Israel sengaja potong bekalan air untuk hapuskan warga Palestin - HRW
Israel sedang melaksanakan pembasmian dan genosid dalam serangannya ke atas Gaza, khususnya dengan menyekat akses penduduk di sana kepada air.
Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.
Jangan bagi alasan sudah biasa, penyakit bawaan air boleh bawa maut - Pakar
Kekerapan dilanda banjir membuatkan tahap kewaspadaan terhadap penyakit bawaan air semakin berkurangan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Projek TAPS dijangka siap Mei 2025
Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih Melaka bernilai RM234 juta yang mengalami kelewatan akibat masalah teknikal dijangka siap pada Mei 2025.
Protokol kawalan cuaca langkah awal hadapi musim kemarau - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan protokol kawalan cuaca kering sebagai persediaan kemungkinan bermulanya musim kemarau awal tahun hadapan.