LABUAN: Gangguan bekalan air dan elektrik yang kerap berlaku menyebabkan kekurangan pelaburan ke pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa di Labuan.
Isu yang membelenggu hampir dua dekad itu memburukkan lagi pemulihan ekonomi dan membebankan rakyat dalam jangka masa panjang.
Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim perlu memberi perhatian serius terhadap masalah yang berpanjangan ini.
"Gangguan bekalan air dan elektrik di Labuan sudah menjadi kebiasaan kepada penduduk di Labuan dan di luar pulau ini kerana ia berlaku setiap minggu selama bertahun-tahun.
"Terdapat ramai pelabur yang ingin melabur di Labuan, namun gangguan bekalan air dan elektrik yang kerap menyebabkan mereka tidak berminat.
"Tiada pelabur yang ingin membina kilang di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik yang mencukupi," katanya kepada Bernama.
Suhaili yang juga Pengerusi Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan Sabah yang berpangkalan di Labuan berkata lebih banyak pelaburan bermaksud lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.
"Saya harap di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang menerajui Kerajaan Perpaduan, Labuan tidak akan ketinggalan dari segi pemberian dana untuk infrastruktur dan keperluan asas," katanya yang akan bertemu Perdana Menteri untuk melihat penyelesaian terhadap masalah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023

Suhaili (dua, kanan) menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada keluarga asnaf pada program berbuka puasa di Masjid Jamek Layang-Layangan hari ini. -Bernama
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Masalah gangguan bekalan air, elektrik berlarutan sekat pelaburan ke Labuan - Suhaili
Isu yang membelenggu hampir dua dekad itu memburukkan lagi pemulihan ekonomi dan membebankan rakyat dalam jangka masa panjang.