KUALA LUMPUR: Masalah liputan internet yang dialami penduduk di Kampung Seri Kesinai, Padang Besar, Perlis, adalah berpunca daripada keadaan bentuk muka bumi dan pokok-pokok tinggi yang terdapat di kawasan berkenaan.
Menerusi catatan di Twitter, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu dikenal pasti selepas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) melakukan siasatan semasa turun ke kawasan itu pada 21 Okt lepas.
Susulan penemuan masalah itu, Annuar berkata KKMM akan memulakan kerja pengoptimuman menara berhampiran yang akan bermula pada Isnin dan dijangka siap pada 8 Nov, sebagai salah satu daripada langkah penyelesaian.
"Menara Kg Baharu telah selesai dinaik taraf bagi menambah baik kualiti 4G dan menara baharu di Sg Chuchuh juga telah mula beroperasi dengan memberi perkhidmatan dan manfaat yang lebih baik bagi penduduk di Sungai Chuchuh Unicity dan kawasan sekitarnya," katanya.
Sebelum ini media melaporkan kekecewaan ibu bapa berhubung masalah capaian internet khususnya kawasan luar bandar Perlis sehingga menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) anak-anak mereka sering terganggu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 24 2021

Annuar berkata perkara itu dikenal pasti selepas KKMM melalui MCMC melakukan siasatan semasa turun ke kawasan itu pada 21 Okt lepas. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Masalah internet di Kg Seri Kesinai, Padang Besar kerana bentuk muka bumi, pokok tinggi
KKMM akan memulakan kerja pengoptimuman menara berhampiran yang akan bermula pada Isnin dan dijangka siap pada 8 Nov.

MCMC atasi masalah capaian Internet di 2 kampung di Negeri Sembilan, Sarawak
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyelesaikan masalah capaian Internet di Kampung Malan, Dangi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Kampung Sawai, Matu di Sarawak.

MCMC turun padang tangani isu capaian internet di 6 kawasan di 4 negeri
MCMC terus berusaha menangani masalah capaian Internet di seluruh negara bagi memastikan rakyat dapat menikmati perkhidmatan internet yang berkualiti dengan melaksanakan tinjuan di lokasi aduan.

'Cuba kau masuk kampung pedalaman' - Abang Veveonah cabar dua Timbalan Menteri
Mekvin Mosibin mahu Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Datuk Abdul Rahim Bakri turun sendiri ke perkampungan untuk melihat realiti sebenar kehidupan penduduk di sana.