JOHOR BAHRU: Isu tiada doktor dan pesakit tidak dilayan di zon kuning Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, yang tular menerusi media sosial pada Khamis, didapati berpunca daripada masalah komunikasi antara pihak hospital dengan keluarga pesakit.
Mengulas perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata beliau telah melawat Jabatan Kecemasan dan Trauma HSI petang Khais dan difahamkan oleh doktor pakar kecemasan bahawa kes yang diadukan dan ditularkan dalam media sosial itu tidak menyeluruh.
"Seperti yang dimaklumkan, pesakit itu dipindahkan dari Klinik Kesihatan ke Jabatan Kecemasan oleh ambulans terus ditolak masuk ke Zon Kuning dan diberikan rawatan yang sewajarnya, manakala warisnya menunggu di kawasan menunggu Zon Hijau.
"Setelah menstabilkan pesakit, sampel darahnya turut diambil dan dihantar ke makmal. Sementara menunggu laporan, CT Scan turut dilakukan terhadap pesakit untuk memeriksa keadaan kesihatannya dan pesakit itu dibenarkan pulang selepas proses rawatan dan pemeriksaan yang teliti," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata pihaknya sentiasa mengambil maklum pandangan orang ramai terhadap perkhidmatan perubatan di hospital-hospital negeri Johor dan yakin anggota perubatan yang merupakan petugas barisan hadapan telah melaksanakan tugas mereka secara profesional dengan sumber yang sedia ada.
"Saya ingin menegaskan bahawa semua kes kecemasan kategori zon merah (kritikal) dan zon kuning (separa kritikal) yang dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital akan dirawat dengan segera mengikut keadaan pesakit," katanya.
Ling berkata beliau dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi telah banyak kali melawat ke HSI dan memahami pandangan orang ramai terhadap hospital itu serta beban kerja warga hospital dengan kedatangan 300 hingga 400 kes setiap hari di Jabatan Kecemasan.
Oleh itu, mereka juga telah berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan bahawa Johor amat memerlukan staf tambahan bagi meringankan bebanan petugas dan melancarkan segala proses rawatan secara efisien.
Terdahulu, tular satu hantaran menerusi Facebook dipercayai oleh seorang wanita yang mendakwa ibunya terpaksa menunggu lama di zon kuning Jabatan Kecemasan HSI untuk mendapatkan rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Ling berkata beliau dan Onn Hafiz telah banyak kali melawat ke HSI dan memahami pandangan orang ramai terhadap hospital itu. - Foto fail
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.
Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas
Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki di Puchong.
'Saya banyak peroleh ilmu daripada juri' - Siti Nordiana syukur dapat sertai GV
Siti Nordiana sangat menghargai GV kerana platform tersebut banyak membantu dalam menghidupkan semula karier seninya yang sebelum ini suram.
MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026
MOTAC juga menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM150 bilion hasil daripada sektor pelancongan.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Serangan balai polis Ulu Tiram: Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan
Tinjauan mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.
Kutipan dan bekalan menurun, HSI pohon orang ramai derma darah
Kutipan dan pembekalan darah bagi kesemua kumpulan darah di Unit Perubatan Transfusi, Hospital Sultan Ismail (HSI) semakin menurun.
Jatuh dari tingkat enam Hospital Sultan Ismail, lelaki OKU mental maut
Mangsa dimasukkan ke hospital pada pukul 12.30 tengah malam, Ahad kerana perlu menjalani pembedahan di lutut kanannya.
Masalah komunikasi punca isu tular pesakit tunggu lama di HSI - Exco
Isu tiada doktor dan pesakit tidak dilayan di HSI di sini, yang tular menerusi media sosial hari ini, didapati berpunca daripada masalah komunikasi antara pihak hospital dengan keluarga pesakit.
JKNJ jalan siasatan terperinci insiden bayi jatuh di HSI
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang melakukan siasatan terperinci berhubung insiden bayi terjatuh ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), baru-baru ini.
Penambahan petugas tingkatkan kecekapan operasi HSI, HSA - MB Johor
Seramai 243 petugas kesihatan akan ditambah melibatkan pegawai perubatan dan jururawat di kedua-dua hospital itu selain dua wad di HSI yang ditutup sebelum ini telah kembali beroperasi semula.
Dua wad HSI dibuka semula selepas tiga tahun ditutup
Dua wad di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, yang ditutup sejak tiga tahun lalu, mula dibuka dan beroperasi semula pada Rabu.
Sembilan cedera nahas tiga kenderaan
Kejadian berhampiran Setia Tropika itu melibatkan kenderaan jenis Perodua Alza, Honda Accord dan Toyota Vios.
Tiga suspek dera kanak-kanak hingga mati didakwa pada Khamis
Tiga suspek termasuk kakak kandung kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut dipercayai didera di Senggarang akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Khamis.
Ibu kanak-kanak maut didera terduduk, menangis lihat jenazah
Ibu kepada kanak-kanak lelaki empat tahun yang meninggal dunia kerana dipercayai didera, dilihat terduduk dan menangis ketika melihat jenazah anaknya itu buat kali terakhir.