SHAH ALAM: Masalah pendawaian menjadi punca utama kebakaran struktur pada musim perayaan Aidilfitri tahun lalu, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.
Abdul Wahab berkata selain itu rintangan pemanasan, litar pintas dan terlebih bebanan elektrik pada perkakasan elektrik juga menjadi antara punca utama kebakaran.
Berikutan itu, pihaknya sentiasa memantau trend kes kebakaran yang direkodkan semasa Op Hari Raya Aidilfitri dan orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dalam pengunaan peralatan elektrik ketika musim perayaan ini.
"Pada tahun lalu, terdapat peningkatan empat peratus iaitu sebanyak 46 kes kebakaran berbanding jumlah kes yang direkodkan pada tahun sebelumnya.
"Bagi kes penyelamatan dan panggilan tugas khas, kita dapat melihat pola penurunan iaitu masing-masing 6.95 peratus dan 97.52 peratus," katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Emergency Medical Air Rescue Services (EMARS) dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan 2023 di pekarangan Pusat beli-belah AEON Shah Alam.
Dalam perkembangan lain, Abdul Wahab berkata pihaknya juga telah mengenal pasti dan merancang untuk menempatkan jentera dan keanggotaan di 14 kawasan titik panas kemalangan sepanjang lebuh raya.
Katanya, ia bagi mempercepatkan masa bertindak khususnya di waktu puncak melibatkan jentera pemadaman dan penyelamatan serta jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di kawasan tersebut.
"Gerakan op ronda dan standby di lebuh raya ini yang bermula pada 20 hingga 27 April ini melibatkan seramai 252 anggota bertugas sehari secara 24 jam.
"Selain itu, bomba juga akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat rondaan di kawasan rekreasi tumpuan ramai dan berisiko tinggi berlaku kejadian lemas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023

Rintangan pemanasan, litar pintas dan terlebih bebanan elektrik pada perkakasan elektrik juga menjadi antara punca utama kebakaran. -Gambar hiasan/AP
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Masalah pendawaian antara punca utama kebakaran tahun lalu - KP JBPM
Rintangan pemanasan, litar pintas dan terlebih bebanan elektrik pada perkakasan elektrik juga menjadi antara punca utama kebakaran.