KUCHING: Masalah rumah tangga menjadi punca seorang anggota tentera mengamuk dan melepaskan beberapa das tembakan sehingga mencederakan ibu mentuanya, sebelum dia menembak mati diri sendiri.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek yang berusia 28 tahun bertindak sedemikian kerana marah ketika sedang menyelesaikan masalah rumah tangga bersama isterinya yang mana masih dalam proses penceraian.
Katanya, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 12.45 tengah hari di Kampung Kolong 1, Jalan Sungai Tengah Jalan Matang Kuching pada Rabu.
"Semasa dalam perbincangan saspek telah marah dan bertindak mengambil senjata yang disimpan dalam kereta miliknya.
"Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan di dalam rumah sehingga salah satu das tembakan terkena ibu mentua mangsa.
"Dalam kejadian tersebut, ibu mentua mangsa yang berumur 58 tahun cedera di bahagian bahu sebelah kiri," katanya dalam satu kenyataan.
BACA: Askar mengamuk, tembak ibu mentua sebelum bunuh diri
Suspek kemudianya bertindak menembak diri sendiri di bahagian dagu dan mati di tempat kejadian.
Kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Untuk makluman, suspek meninggalkan balu berusia 22 tahun dan seorang anak perempuan, hasil perkahwinan mereka sejak dua tahun lepas.
Justeru, masyarakat dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi sendiri sehingga proses siasatan daripada pihak Polis selesai.
Afiezul Samit
Wed Oct 13 2021

Suspek kemudianya bertindak menembak diri sendiri di bahagian dagu dan mati di tempat kejadian.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dua maut, helikopter tentera terhempas di Mississippi
Dua anggota tentera Mississippi terkorban selepas helikopter yang dinaiki terhempas di Prentiss County semasa menjalani latihan rutin pada Jumaat.

India: Anggota tentera maut, 3 hilang dalam runtuhan salji di Ladakh
Kejadian berlaku ketika kira-kira 40 anggota dari HAWS dan Army Adventure Wing sedang menjalani latihan berhampiran Gunung Kun.

Tentera darat AS hentikan operasi penerbangan tidak kritikal susulan nahas helikopter
Ketua Turus Tentera Amerika Syarikat James McConville pada Jumaat mengarahkan semua penerbangan tidak kritikal dihentikan susulan dua nahas helikopter yang mengorbankan 12 anggota tentera.

2 tentera maut, 3 cedera dalam pertempuran di Filipina
Pertempuran tercetus antara anggota tentera dan sebilangan pemberontak NPA pada kira-kira 1.30 pagi waktu tempatan.

Krisis Rusia-Ukraine: Moscow dakwa lebih 23,000 tentera Ukraine terkorban
Rusia mendakwa Ukraine kehilangan kira-kira 23,367 anggota tentera sejak operasi ketenteraan di negara itu bermula, lapor Agensi Anadolu.

Kes anggota lepas tembakan, Tentera Darat tubuh pasukan inkuiri
Tentera Darat akan menubuhkan pasukan inkuiri bagi menambah baik prosedur operasi keselamatan dan tadbir urus dalam pasukan itu susulan kejadian anggotanya melepaskan tembakan dan membunuh diri.

Masalah rumah tangga punca anggota tentera tembak diri sendiri, cederakan ibu mentua
Masalah rumah tangga menjadi punca seorang anggota tentera mengamuk dan melepaskan beberapa das tembakan sehingga mencederakan ibu mentuanya, sebelum dia menembak mati diri sendiri.

Anggota tentera maut, kereta terbabas di Lebuh Raya Utara Selatan
Kedua-duanya sedang dalam perjalanan ke arah selatan, apabila kemalangan itu berlaku, kira-kira jam 3.40 petang.