SHAH ALAM: Pihak pengurusan Masjid Negara tampil memohon maaf berhubung video tular mengenai tindakan seorang pengawal keselamatan wanita yang meminta pengunjung lelaki memakai tudung ketika memasuki masjid berkenaan.
Masjid Negara bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan berkata, pengawal keselamatan terbabit telah diberi teguran agar lebih peka ketika menjalankan tugas.
“Pihak pengurusan Masjid Negara mengambil serius perkara ini dan dengan rendah hati memohon maaf di atas kekhilafan serta kekeliruan kepada individu terlibat serta orang awam yang turut terkesan berkaitan video terbabit.
“Untuk makluman, pengawal keselamatan adalah lantikan pihak ketiga melalui perolehan kerajaan. Masjid Negara juga akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang pada masa akan datang bagi menjamin reputasi dan imej institusi masjid kekal terpelihara.
“Para pengunjung boleh mengemukakan aduan terhadap mana-mana tindakan pengawal keselamatan melalui kod imbas bersama-sama butiran di meja pos masing-masing bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil,” katanya pada Ahad.
Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan seorang pengunjung lelaki berambut panjang paras bahu bingung apabila disuruh menutup kepala dan memakai jubah ketika memasuki Masjid Negara.
Lelaki berkenaan kemudian menjelaskan bahawa dia bukan perempuan, namun pengawal berkenaan tetap bertegas dan meminta untuk menutup aurat dengan memakai topi serta jubah yang telah disediakan oleh pihak masjid.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 07 2024

Tangkap layar video yang tular di TikTok.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Masjid Negara mohon maaf isu pengunjung lelaki dipaksa pakai tudung
Pengurusan Masjid Negara memohon maaf berhubung video tular mengenai tindakan seorang pengawal keselamatan wanita yang meminta pengunjung lelaki memakai tudung ketika memasuki masjid berkenaan.